Monday, January 21, 2013

' KAHWIN AWAL '

       
       Ke hadapan pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian.. Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya..

Ceh.... macam gaya nak menulis surat je gamaknya?

Tuan/Puan/Encik/Cik/ Tan Sri --- bujet macam ada Tan Sri baca blog dia..

       Baiklah. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, saya sebagai seorang yang digelar belia... Hendak mengupas bawang,, bukan bawang. Ni bukan kelas memasak ea. Harap maklum... ^_^ Saya hendak mengupas tajuk yang dinyatakan di atas dalam penulisan blog saya pada kali ini...

    Hmm... Yang atas ni pulak, macam gaya nak tulis surat kiriman rasmi. . . Tinggal letak alamat, tarikh,nama penuh beserta ic, sedikit isu & tanda tangan... Dah siap... Dah boleh pos kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat !

Ni yang nak marah ni, tadi tajuk bunyi macam nak tulis pasal 'kahwin awal', apa pulak masuk bab Surat Kiriman Rasmi SPM ni??

Sabar wahai pembaca sekalian....

       Ok, without further delay, without beating around the bush (teruk betul BI hang), ayuh lah kita straight forward kepada tajuk asal perbincangan kita iaitu :

     ----> KAHWIN AWAL




       Yang sebenarnya, Eden dah lamo eh jang duk perhati, tapi eden sonyap ajo eh... Tapi, tiba-tiba hari ini eden terpanggil untuk memberi pendapat & pandangan kepada isu ni.

     * Untuk pengetahuan semua, isu 'kahwin awal' ini bukan sahaja membelenggu student2 Universiti yang berumur 18 tahun ke atas,, tetapi juga melibatkan student2 di bawah umur 18 tahun.

    Kenapa den cakap student U tadi? Isu & trend 'kahwin awal' ni melibatkan student U je ke??
    Bukan,, ia melibatkan semua pihak yang ingin berkahwin ketika belajar khususnya. Kenapa saya cakap student U tadi? Sebabnya, student U selalu sangat disogokkan dengan isu ' kahwin awal'. Kalau ceramah yang tajuknya ada sentuh perkataan 'kahwin', maka berbondong bondong lah yang nak pi. Dan sepanjang pengalaman saya, memang banyak sangat ceramah pasal kahwin diadakan di Universiti.

          Jadi, sekarang ini, banyak persoalan yang boleh dibangkitkan di bawah tajuk 'kahwin awal' ni, tapi persoalan yg saya nak bangkitkan dalam penulisan saya pada kali ini ialah :


> Wajarkah ibu bapa memberi kebenaran kpd anak2 mereka utk 'kahwin awal'? (kahwin semasa belajar)
atau persoalan lainnya,

> Apa yang perlu ibu bapa lakukan bila berhadapan situasi sebegini?



  -----Pendapat saya,, kalau dah anak-anak tu nak sgt 'kahwin awal' bagi jelah... tapi sebelum tu kena tanya dulu.

>> Kalau anak lelaki  -- Nanti kalau dah kahwin, boleh tanggung sendiri kehidupan kamu??


     Senang citer mcm ni lah, kpd rakan-rakan yang nak 'kahwin awal' di luar sana, ada 1 persoalan penting di sini :

** Bersediakah kamu nak galas semua tanggungjawab kamu selepas kahwin??

      Rasanya, pasal tanggungjawab tu, kamu lebih arif daripada saya, sebab.. semestinya kamu ambil tau pasal tanggungjawab yang bakal kamu galas, because u are the one who prefer to marry at the young age. Right??

















Haa,, Amacam? Dah sedia??

Ataupun...

Kamu semua ni tak terfikir pun pasal tanggungjawab2 tu semua?

Atau...

Kamu fikir, dengan ber 'kahwin awal',, masalah boleh settle? Tak buat banyak dosa & so on...


Ok2... Jangan tension... Saya bukan nak tambah pressure kamu.. Cuma nak terbitkan persoalan2 yang mungkin kamu tak terfikir, atau tak sedar...


    Baiklah, bagi yang niat mereka untuk 'kahwin awal' terhalang,, pernah terfikir kenapa ibu bapa hang tak bagi kahwin?

     Saya percaya, bukan niat mereka (ibu bapa) untuk menghalang, bukan sebab mereka cemburu dgn kamu.

Bukan.Bukan.Bukan...

  Tapi, sebab... Mereka menyayangi kamu , anak2 mereka. Ibu bapa terlalu risau akan kebajikan anak2 mereka.

     ' Boleh ke anak aku ni nak kahwin?'
     ' Bersedia ke mereka nak galas tanggungjawab?'

   Ok. Bagi yang lelaki, Perbelanjaan semua tu macam mana? Makan, pakai? hang tak dak income lagi.. Hang pun tengah belajar, belum kerja.. Macam mana hang nak tanggung wife hang?

' Alah... boleh je keje sambil belajar... Banyak je business boleh buat.. Skrg senang je, business on9 pun boleh buat'

    Baiklah, Kalau banyak alasan 'Serba Serbi Boleh' .. Hmm, Ibu Bapa, biar je mereka go on with their plan... Tapi dengan syarat !

**>> Jangan sekali-kali kamu susahkan ibu bapa kamu bila kamu dah kahwin nanti.

     Ibu bapa hang pun dah semakin dimamah usia.. (ceh, ayat dramatis) ,, sepatutnya, bila hang dah kahwin, kurang beban mereka.

Mereka dah tua... Sepatutnya dah boleh tenang beribadah & jaga anak2 mereka yg dah besar panjang..

* Jangan sekali-kali kamu galaskan kepada ibu bapa kamu tanggungjawab yang sepatutnya itu menjadi tanggungjawab kamu sepenuhnya.


Pahe dok??? (Faham tak)

   Ibu bapa,, biarkan mereka .. Kadang2 kerana cinta, mereka sanggup ketepikan ibu bapa.

    Biarlah... Let it be.. Biar mereka tahu susah senang kehidupan mereka nanti.,

Apepun....

Mahasiswa! Think before u act! Fikir masak2 sampai hangus...

Last but not least,

Terimalah pantun 2 kerat drpd saya,

                    'Marriage' bukan perkara suka-suki,
                         Fikirlah tanggungjawabnya sekali...



Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya" 

(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)


    Inilah penyelesaian yang nabi ajar,, Bukan kahwin je untuk elak maksiat walaupun income tak de & kamu serba serbi tak mampu...

Puasa ..



>Kamu fikir, dengan ber 'kahwin awal' (kahwin semasa belajar),, masalah boleh settle? Tak buat banyak dosa & so on...<

* kalau tak laksanakan amanah dan tanggugjawab sebagai suami dan isteri itu pun berdosa apa. Kahwin untuk elak dosa atau tambah dosa?



Fikir-fikirkan..!





Segala Yang baik daripada Allah,

Yg buruk drpd saya dan syaitan.


FEEL FREE TO COMMENT ..


PEACE NO WAR. ISLAM FOREVER !


Sambungan > http://nurlinblog.blogspot.com/2013/07/kahwin-awal-2.html

9 comments:

  1. miaww,
    sami'na wa ata'na..

    ReplyDelete
  2. hye amy..hihi
    nak tambah sikit yer amy, kpd yg nak sangat kawin awal tp dihalang oleh parents, cuba jgn berburuk sangka dgn parents korang, diorang bukan tak nak bagi korang kawin awal tp diorang nampak korang tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai isteri/suami kpd bakal suami/isteri korang apatah lagi ibu kpd zuriat2 yg bakal korang lahirkan. Your parents know you better than anyone else, they fed you, clothed you, changed your diapers and they saw you grow, how you responded to crisis, know your personality. Haa, lagi satu, diorang dah melalui apa yg korang sedang lalui, so, they know how life goes well than yourself. Maybe you want to argue with the statement by saying times have changed,tp sedarkah kita, cuma zaman saja yg berubah, ways to treat our husband and kids still remain the same. So, are you ready to get married even you know, you're not capable to carry out your responsibility as husband/wife and father/mother? keep asking yourself. Wallahualam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Anonymous! banyak sgt anon kat comment ni. Lain kali letak lah nama. Tq bg pendapat. :)

      Delete
  3. assalam...kpd tuan/puan blogger...bolehkah anda berikan sekali pndpt mengenai nikah khitbah ? adakah ia alternatif yg bgus ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://nurlinblog.blogspot.com/2013/07/kahwin-awal-2.html

      Maaf lambat jawab. Dalam sambungan part 2, saya ada jawab. Tq respond

      Delete
  4. silalah baca artikel kalau takk keberatan :)
    http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/5071-kahwin-muda-jangan-ingat-mudah.html

    ReplyDelete
  5. miaw2!! (agree2~)

    ReplyDelete
  6. oh btw tahun ni nak kahwin dah~ hehe calon dah ada, tak lama lagi datang ler rombongan ke rumah :> hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...