Saturday, November 12, 2011

Share Cerita2 berunsur agama??benarkah?

ha..skrg org sibuk2 share pasal Kiamat,, siapa punca , yg mula2 sibuk buat cerita2 sebegini ? 




       Mereka sebenarnya org kafir lknatullah...berpura2 seperti org Islam.cuba perhatikan ada beberapa cerita nampak seperti tazkirah.utk peringatan kita..Tapi kalau kita perhatikan dan baca betul2  ada diselitkan beberapa perkataan berunsur Agama mereka. Ini juga antara kisah2 Israelliat. Kita nampak bguslah,,mcm bagi pengajaran,tp kdg2 dia boleh menyesatkan akidah secara halus sehingga kita kdg2 tidak sedar bahawa kita telah terpesong.

       Kafir laknatullah ni mereka akan berusaha utk pesongkan org Islam walau dgn apa cara sekalipun. Tgklah skrg, mcm2 perkara dari barat seperti Unsur nyanyian spt black metal, Fesyen baju dan lain2 yang byk membawa kepada Gejala sosial yang menyesatkan akidah. 

Benarlah Firman Allah   “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)


          Sebagai cth,bru2 ni ramai share di facebook mengenai "JANGAN BANGGA DGN TARIKH 11.11.11"..kalau kita perhatikan dia siap ckp lg dlm kitab the holy is satan> Haish,dah tentulah xbetul.so kenapa percaya karut marut ni? lg1 yang sibuk2 ckp Kiamat 2012?

          Hanya Allah tau bila kiamat. So,jgnlah kita hamba Nya ni nak pandai2 mengagak2 bila kiamat. yg penting kita lakukan ape Perintahnya dan Jauhi larangannya.Itu yg patut kita buat.Bukan sibuk2 nk tau bila kiamat.


           Tau x kita bahawa sekecil2 perkara mcm ni lah yg boleh membuatkan akidah kita terpesong. ?? Perkara ini sgt bahaya bagi kita yang Iman yang x cukup kuat utk menghadapi golongan Kafir ini. Cthnya satu masa dahulu ahli perniagaan berumur 65 thun(da terlbih tua), menghabiskan RM600 RIBU wangnya utk memohon dari IBU SUCI dari INDONESIA utk mengampunkan dosa-dosanya. Sebagaimana yg dilakukan oleh org Kristian yg memohn ampun dari paderi utk mengampunkan dosanya. 

Mcm mne ini boleh berlaku ?? Hanya Allah yg boleh mengampunkan dosa2 manusia. Berhati-hatilah wahai kawan-kawan.!

        Pendapat saya. Kalau kita tau bahawa iman kita ni xckup kuat, Hati-hatilah dlm membaca artikel2 terutama di internet,buku2.Kalau kita rasa lain mcm je( mungkin sebut psl malaikat atau perkara2 yg mcm berunsur sesat ), HENTIKANLAH membaca! jgn teruskan. Saya pernah baca di UTUBE pasal kisah sedih la kononnya..tengah syok2 sedih,,tbe2 dia ckp pasal anak dia yg dah mati tu dtg balik bg surat..n ckp psl malaikat.Saya naik pelik dan terus berhenti baca..Saya lihat komen..Memang xguna betul! Kafir laknatullah punya kerja rupanya..Sakit je hati!

Lg1 kita sama-samalah beringat, solat lima waktu itu penting. (satu,memang perintah Allah, wajib laksana).
Kemungkinan yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian, Di antara dua waktu solat (e.g subuh dan zohor) , samada kita sedar atau tidak, kita mungkin terkeluar daripada Islam (murtad) secara tidak sengaja melalui lisan ( e.g lawak2 tentang agama) yang kita buat. tu sbbnya, bila kita solat stiap waktu, Zohor kita Islam, sebelum asar mgkin ada perckpn kita yg membuatkan kita terkeluar drpd Islam (nauzubillah). Bila kita solat asar dan mengucap kalimah syahadah, kita kembali Islam. Oleh itu, jagalah solat kita.Peringatan utk diri sendiri juga>>

fitnah akhir zaman ni, ada muslim yang boleh jadi muslim dan kemudian jadi kafir..

Dinyatakan Didalam Hadis Sahih:

Daripada Abu Hurairah, bahawa sesungguhnya Rasulullah rtelah bersabda (mafhumnya): “Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Fitnah akhir zaman... 

Pentingnya solat itu sehingga ia menjadi titik pembeza dgn orang kafir.


“ Pemisah antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” (HR. At-Thabari dengan sanad sahih. Syeikh al-Albani mengatakan hadis ini sahih. Lihat Sahih at-Targib wa at- Tarhib no. 566)


“Pokok segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (HR Tirmidzi no. 2825. Dikatakan sahih oleh Syeikh al-Albani 

Solat tiang agama. 

Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti ialah solat (fardu yang lima).”

Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)


lg1 nak ckp pasal lirik lagu 1 Malaysia? ha,,mari kita perhatikan elok2 ~

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

' Satu Malaysia jadi pegangan ' ?? PEGANGAN? Agama Islam lah sebagai Pegangan kita ...

' Rukun negara teras panduan ' ?

Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan sebelum baginda wafat bahawa :

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya...

Sahih: Diriwayatkan oleh Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619 (Kitab al-Jami', Bab Larangan memastikan Takdir)




Ini adalah kerana Baginda tau umatnya  mudah tersesat. Maksudnya pegangan kita Quran dan Sunnah, Bukan rukunegara ye...



Kesimpulan daripada kisah lagu 1 malaysia ni,, bukan lagu ni je.malah byk lg lagu2 yg liriknya mungkin secara x lgsung boleh memesongkan akidah.. Ada juga lagu spt The Lazy Song yang liriknya berunsur maksiat.rasanya ramai dah tau. .

>Oleh itu, kita hendaklah berhati2 kalau nak nyanyi lagu ke ea...terutama lagu bukan Bahasa ibunda kita         ( lagu BI dan lain2) kebanyakannya lah.. dan skrg org dok sibuk minat K-POP kan? ha,,tau ke mksud2 lagu tu? ha,,Hati2 ye.. lg pulak K-pop punya bintang2 tu seksi semacam je..haish..

Sekadar peringatan utk saya dan kawan2 sekalian.Yg baik drpd Allah,yg buruk drpd saya.

Wallahua’lam.Allah Maha Mengetahui




Wednesday, November 9, 2011

Soalan dijawab soalan...


Ha,,ada seorang Tanya >

Apa pndgn sahabat2 bila seseorang yg tdk solat/tdk smpurna atau tdk cukup solatnya berhujah sedemekian (d bawah) dgn apa yg dilakukannya:

1. tiada paksaan dlm agama (jangan pksa kami nk solat ke taknak/cukupkan solat 5wktu 1hari1mlm)

2. dlm qawaid fiqhiyyah pn ad sebut,"kalau tidak boleh buat semua,jangan tinggal semua" (kami buat saja apa yg kami mampu)*yang ni advance sikit

3. kalau solat skalipun,belum terjamin kita pasti masuk syurga,so buat apa nak solat

Ni  jawapannya >
1 - tiada paksaan bagi Org Kafir dalam MEMELUK agama ISLAM..itu maksud bg Firman Allah bg ayat “ La ikraaha fid Din ”..bukan tiada paksaan utk buat rukun Islam!Bagi org Islam,melakukan Suruhan wajib dan meninggalkan larangan haram adalah ketaatan BUKAN PAKSAAN. 
Wajib adalah Wajib.!


Jgn putar belit.


2- Itu adalah pada amalan yg sunat. Bukan yang wajib.

Yang wajib semua MESTI
  buat.Satu pun xboleh tinggal.

Utk hujah yang ke-3 Kalau solat sekalipun belum tentu masuk syurga..Kalau x solat,, CONFIRM MASUK NERAKA kan? Sbb tinggalkan perintah Allah?

Hanya 10 org sahaja yg NABI jamin masuk syurga.yang lain semua tiada jaminan.. 


Meh saya bagi soalan ni pulak,,jwblah..> Buat ape susah2 belajar, belum tentu lulus??.

Buat ape susah2 cari duit,belum tentu kaya?

Buat ape2 susah2 jaga kesihatan?dah tentu akan mati..Pikir2 kan lah ye..

Ni ringkas je..kalau nak detail boleh bagi buku 1000 muka surat..nanti bacalah sendiri ye..

Ana siap rujuk ustaz sekali nak jawab soalan ni ~ 

Tapi kan,,teror gak org yg ajukan soalan kedua tu..bab Qawaid lg..tapi salah phm pula..

Bab Agama kita kena baca sampai habis..jgn baca sekerat sekerat..nanti macam nilah jadinya..


Ingatan buat diri sendiri juga..Yang baik dtg drpd Allah,yang buruk drpd saya..

Lihat Sambungan hujah2 org mcm ni di part " Over Open Minded " yang akan di publish x lme lg..sabar ye..jgn lupa baca..syukran2..

Saturday, November 5, 2011

PPSMI..Wajar atau Tidak??


haha..salam kepada semua..

               Skrg org duk sibuk memperkatakan ttg PPSMI..sibuk duk vote sni vote sne..Cmne ni??Ok2..

Sebenar-benarnye soalannya,, Patutkah kerajaan mansuhkan PPSMI??





    
        Ni pendapat eden la kan..Belajar Sains dan Matematik dalam BM je..bukan ape.bg saya kita akan lebih phm dalam bahasa ibunda kita. Bukan nak ckplah..Sebagai seorang yg pernah bljr Sains dan Matematik dalam BM ( mse sek rendah ) and in english ( in Secondary school) rsenya Bm terbaek<< Cmne nak ckp ye?? Kita sebagai org Melayu sepatutnya menyokong penuh hasrat kerajaan utk mansuh PPSMI.. Bukan ape.Ada seorang classmate i ni sek cina..Guess what>? cikgu dia terangkan hampir semua subjek dalam bahasa cina..Cmne tu??mksudnya Physic,,Chemistry,,Bio,Math? Science? ha??npe bahasa cina?? sbb almost sume muridnya cina..Aik??abistu kata bljr PHYSIC>CHEMISTRY>BIO>MATH>SCIENCE in english???

         Ha,,inilah tandanye bahawa belajar dalam bahasa ibunda memberi pemahaman yg lebih Jelas dan mantap!! x gitu??

         Bagi pihak yang x stuju tu..rse saya lah,,mereka x memikirkan org2 kampung (terus terang lah kan ramai anak Melayu ) yang laen.. Mereka bukan nye pandai sgt english ni..tup2 kena belajar pulak MATH n SCIENCE in english..x ke naya?? kesian kan lah mereka..kita org bndr,,bolehlah thn lg..Pikir lh nasib anak Melayu yang di Kampung,,ceruk2 bandar kan..
        Biasanya yang xstuju tu bangsa selain Melayu la..npe ye?bg saya, Yelah ,,Kalau belajar dlm BM,, Teror la budak2 Melayu.. maka akan muncullah dalam newspaper " pelajar terbaik SPM 2004 NUR AMALINA 17 1A, SPM 2007 Azali Azlan 20 1A 1 2A,SPM 2008 Nik Nur Madihah 191A 1 2A,, " malah lebih ramai lagi pelajar Melayu akan muncul terbaik..!!Ha..



    Tp dalam gambar ni?? Orang Cina pun sokong Mansuh PPSMI?? So,,kita orang Melayu kalau xsokong,,xtaula nk ckp ape lg.

        Mcm ni lah senang citer..Jepun tu negara maju kan?? 
Mereka hairan x nk belajar BI sgt2?? xpun..Siap ada schoolmate saya g Jepun sbb menang pertandingan time f4,, kena berhempas pulas belajar bahasa Jepun..Npe ?Mereka xphm ke kalau kita ckp BI je?? Tapi tgk,, Jepun lah negara yang maju..

      >Sampaikan DR Mahathir sekarang pun ckp "look to the East" memandangkan West bawa byk keburukan .. xcye? bcelah newspaper..:)

        Bak kata Chief Faci Study Circle den.. Ape gunenye penterjemah negara? Ape gne org yg amek course english? Arab ? Ha,,belajar bahasa laen dalam2?utk jd penterjemah la kan salah satunya?


Yelah,,cth nye ada org ckp
" Banyak buku rujukan yg bagus2 dalam BI"..

      So?? Penterjemah negara lah main peranan,,terjemah sume buku2 yg bgus tu ke dalam BM!..utk org Melayu kita buat rujukan dgn mudah..Barulah negara maju>!!xpyh tunggu 2020 dah Maju!!

     Belajar sains dan math in english? konon bguslah..tiga2 perfect..xde mknenya..Jgn Science ke mane Math ke mane..english pun xdpt..Kan bazir mse nmenye..
Tulah org tua2 ckp "Yang dikejar xdpt Yang dikendong berciciran.."

K..harap kita boleh sama2 pikirkan utk kebaikan bersama..Nukilan orang yang bersemagat patriotik yang waja!!TQ..

Thursday, November 3, 2011

Gaddafi oh Gaddafi.....>

                   Sekarang kat group saya duk sibuk bicara mengenai Gaddafi..ada yang ckp baik,,alhamdulillah..tp ada gak suara2 sumbang ..saya pada mulanya malas nak amek port.tp bila nampak isu ni dah makin panas..maka saya terpanggil untuk memberi pendapat saya..
Meh saya ceritakan satu sumbangan Gaddafi yang sangat berharga kepada rakyat Libya dan bumi Arab secara amnya ... ingt dia pernah berjasa utk Islam.. dulu dia digelar seorang pemimpin yang GILA dan dikecam hebat kerana ingin mengubah tanah Libya yang GERSANG utk tujuan pertanian. Ternyata beliau berjaya!!
Nah,, Sekarang Libya telah menjadi negara pertanian yang sebelumnya bergantung pada import. Kalau kita lihat sekarang di Mina, Tanah arab juga dah ada pokok2,, Hasil idea Gaddafi lah. Sebelumnya kawasan tu adalah tanah berbatu bata.
Ingatlah manusia,,, kita xde hak nak kutuk2 dia.Dia kan dah meninggal. Biarlah urusan dia dgn Allah je. 
"Allah MELARANG kita daripada MENYEBUT keburukan org yang telah MATI. "
 “Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain.” (Surah al-Hujuraat:12)
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nuur: 19)
Kita perlu menyebut yang BAIK shj. Bila kita menyebut keburukan org itu , org itu akn DISEKSA walaupun pada perkara yang sama yg diulang sebut. Kalau yang baik, mereka akn mndpt gnjaran setiap kali disebut. Kita mengharapkan org akn menyebut ttg kebaikan kita bila kita mati nanti. Insyaallah...
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, 
“Barangsiapa yang menutup (keaiban) seorang Muslim maka Allah pasti menutupi keaibannya di dunia dan di akhirat.” 
         (Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Tirmidhi, an-Nasa`i dan Ibnu Majah)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda,

“Barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya maka Allah pasti mencari-cari kesalahannya dan barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya nescaya Allah akan membuka keaibannya sekalipun -keaiban itu- di dalam rumahnya sendiri.” (Hadits riwayat: at-Tirmidhi dan Ibnu Hibban)
Insaflah wahai rakan-rakan. Yang baik daripada Allah yang buruk drpd saya...Sekian...
ayt quran dan hadith dipetik dari blog ustaz habib ahmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...