Sebenarnya sudah banyak kes macam ni berlaku di sekeliling
kita. Kita je yang tak perasan.
Q : Kenapa couple itu haram?
Sesungguhnya Islam itu Indah. Setiap apa yang Allah LARANG,
semua itu ada hikmah dan kebaikannya yang banyak untuk manusia. ALLAH MAHA
MENGETAHUI.
Macam PENANGAN CINTA ni. Apa? tamparan cinta? Suka hati kamu
lah nak sebut lagu mana. tamparan pun boleh..
Anda syok bercinta sebelum kahwin,, adakah anda pasti si dia
yang akan menjadi suami/ isteri kamu?
hm, contoh, Kalau dah 10 tahun bercinta, berjanji sehidup
semati bersama, tup tup, tiba2 mak bapa kamu kahwinkan kamu dengan calon
pilihan mereka. Habih, guane tu?
Kiranya, kamu tak kahwin pun dengan orang yang kamu cintai selama ni.
oleh itu, tak perlu lah anda menghabiskan masa, duit, dan yang
paling dahsyat mencatatkan banyak DOSA dalam buku amalan kamu kerana CINTA
SEBELUM KAHWIN ni.
Baiklah, perasan tak kat atas tadi, saya ada sebut perkataan ‘kes’.
Siapa yang cepat detect tu, Mesti kamu tertanya-tanya, kes apa ya Cik Amy?
Ha,, pernah dengar tak, kes Si Suami bermain cinta ketiga,
mcm mana nak sebut ek? cinta 3 segi rasanya, dengan Cinta pertamanya?
Nak senang kita bagi contoh situasi. Si A ni dahulu masa sek
menengah ada makwa/pakwa. Then, masa U, terus lost contact. Then, time kerja,
kahwin.
Bila dah 2,3 tahun kahwin ( kadang tak sampai setahun pun
kahwin, dah dtg Ujian melanda), tup2 terjumpa bekas makwa/pakwa kat FB,
Twitter, Instagram, etc ( bukan guna teknologi je, kot tiba2 jalan kat bazar
ramadhan, terjumpa ke kan). Then, teringat segala -->kenangan manis kau dan aku
takkan terhapus, duri ranjau dalam bercinta,lumrah dunia<--
takkan terhapus, duri ranjau dalam bercinta,lumrah dunia<--
Ni kira sandarkan
pada kenangan lah tetiba kan.
Ha, lagi haru
jadinya kalau bekas/ex- makwa/pakwa tu single lagi.. Mulalah Syaitan memainkan
peranan mencucuk jarum maksiat.
Mulalah kes
kekasih gelap. Kahwin Lari , etc.
Syaitan lagi
senang nak berjaya bila, kebetulan perkahwinan ex anda tu dengan husband/wife
nya tak berapa nak bahagia. <-- Alasan je selalunya, pasal dah jumpa ex..
Kalau betul pun, diri sendiri selalunya yang tak pandai nak jaga keluarga,tak bimbing
keluarga hidup dalam suasana Islam.
PERHATIAN! Ini bukan terhad kepada ‘suami’ sahaja ok, ‘isteri’
pun ada. Dah kahwin, tapi sibuk pergi dating dengan ex-pakwa/bf.
Harus tulis perhatian kat atas ni. Karang kalau tak sebut
mengenai perempuan , habis kena bambu kat bawah , kata saya seksisme ( benci
terhadap opposite gender)
>>>Ok, sekarang dah nampak kemudharatan Cinta sebelum kahwin /
couple ni? Apa? Tak nampak?
(Adeh, takpa2 , saya faham, harini saya berbelit sedikit
cakap. Saya pun pening nak faham J
)
*** Macam ni, point yang saya nak sampaikan :
1. cinta sebelum kahwin / couple ni, menghabiskan masa, duit, dan yang paling dahsyat mencatatkan banyak DOSA dalam buku amalan kamu.
2. Ia mengakibatkan banyak kes penceraian . <--- sebab,
dah kahwin dengan orang lain, tiba2 terjumpa ex-makwa/ex-pakwa.
3. Couple ni bukan kepastian
si dia yang akan menjadi suami/ isteri kamu. Jadi, membazir. Buat tambah dosa
sahaja.
Jadi, solusi nya?
1. Kuatkan Iman
2. Jaga nafsu
3. Kalau dah mampu kahwin, kahwin. <-- Kahwin tu, niat
kena betul. Niat kerana Allah. Ibadah. InsyaAllah selamat.
4. Kalau belum mampu, puasa J
Rasulullah SAW telah pun bersabda,
" Wahai sekelian remaja, siapa
yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu
menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka
hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi
nafsunya"
(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari
no. 5065 dan Muslim no. 1400)
Akhir kata, pesanan untuk bakal suami atau isteri di luar
sana, ataupun yang dah kahwin yang membaca post saya ni,
1. Terimalah pasangan kamu seadanya. Sedarlah, nobody is
perfect. Kepada Lelaki, bimbinglah keluargamu di jalan kebenaran. Kepada
isteri, taatlah suami selagi tidak menyimpang daripada Islam.
Allah berfirman:"Hai orang-orang yang
beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (At-Tahrim 66:6)
2. Jangan jadikan alasan macam2 untuk menghalalkan perkara
yang haram ok? Tak puas hati, bincang elok2, jangan buat perang dunia ketiga.
3. Ada masalah? Selesaikan baik2.
4. Hati2 dengan jerat syaitan.
" Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. "(An-nisa’ : 128)
Hmm, mesti ada yang kata, hang tulis isu ni pasal poligami
kah?
Poligami? Hmm. Saya
rasa ramai dah arif isu ni. Bacalah, fahamilah.
“Maka kawinilah
wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja.” [QS.
An-Nisa’: 3].
“Dan kamu
sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun
kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung
(kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.
Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( An-Nisa’ :
129)
Bab poligami
ni, kepada sesiapa yang nak amalkan, kajilah betul2 . Tanya pada yang ahli dalam bidang agama. Pastikan ayat di atas ni anda dah faham dan mampu untuk lakukan.
astaghfirullah..Bahagia kah dapat runtuhkan rumah tangga orang lain? bahagia?
takpa beb, don't worry, Mahkamah Allah ada. Kalau hang tak kena balasan kat dunia, akhirat sana ada. lagi baik punya balasan setimpal.
nauzubillah.
wallahua'lam.
Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa.
Ni ada link tambahan, kepada sesiapa yang nak kahwin semasa
belajar > http://nurlinblog.blogspot.com/2013/01/kahwin-awal_21.html
No comments:
Post a Comment