Monday, May 21, 2012

SUMPAH LAKNAT

      Pagi semalam saya baca akhbar Mingguan Malaysia.. Page depan ada cakap mengenai TIBAI dan menyuruhnya Sumpah Laknat.

      Baca punya baca, banyak pula yang mengarutnya. Mengata orang, menjatuhkan orang, malah mungkin Memfitnah.

Geram, terus meluahkan pd Seorang yang Berilmu,



" Kenapa la Anwar x Sumpah je yang dia Tak buat Apa yg mereka tuduh tu?? Dengan Sumpah, habis cerita, lega sedikit orang sekeliling. Bila dia tak sumpah, orang akan tertanya-tanya." 


" Mana boleh sumpah dalam kes tu."  jawapan diberi.

      Saya berfikir sejenak. Tiba-tiba Otak memproses dengan cepat segala yang telah dipelajari masa sem 3. Islamic LAW!

Betul lah!! mana Ada istilah "SUMPAH" dalam tuduhan Qazaf ,,

* yang ada Sumpah dalam Li'an. Boleh buat rujukan.

Firstly, let me define Qazaf.


Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.

Qazaf termasuk juga Tuduhan Liwat. 



DALIL QAZAF


Firman Allah S.W.T:


"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4)

Perlu diingat dalam ayat ini:

1. Apabila tuduh Orang yang suci, Bawa 4 orang saksi( lengkap ciri2 saksi).
2. Tak ada saksi, Hukuman > sebat 80 kali.
3. Harus diingat, video dan gambar tak termasuk bahan bukti kerana semua itu boleh diada-adakan oleh manusia.


Jadi, adakah kita yang sama2 menyebarkan tuduhan Zina, Liwat ini termasuk dalam golongan yang memfitnah? Menuduh? Fikir-fikirkanlah.

Mari saya ajarkan cara meng
ira hukuman bagi setiap orang yg menuduh tanpa 4 saksi dan syarat2nya, Jadi senanglah kita mencongak di mana tempat kita di akhirat nanti dan buku amalan diberi di tgn Kanan atau Kiri :

i.e

1 tuduhan (Dalam apa jua bentuk) = 80 sebatan 


                                 ? Tuduhan = ? Sebatan 


Jadi, dah boleh kira  jumlah hukuman yang kita akan dapat di akhirat nanti dalam bentuk seksaan yang pedih? ( secara tak langsung bercerita, mencemuh, menulis, etc)
     

Do not believe in everything u listen, see or read because u know that people always spreading lies..


Bila dapat tau sesuatu maklumat:

Rujuk pada yang AHLI dalam bidangnya.
    e.g  Kalau bab agama> rujuk Ustaz atau Ulama',
          kalau bab chemistry> rujuk Guru Kimia,    
          etc. 



Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik (wrong-doer) membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.[49:6]


Fasik ialah Orang yg tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau mengerjakan dosa-dosa kecil secara berterusan.



Jadi, Berita ni dibawa oleh siapa? Wajarkah kita mempercayainya? Fikirkan.



Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. [49:12]



Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’ [4:59],

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (pemimpin) dari kalangan kamu. 
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” 

Apakah salah satu ciri-ciri  pemimpin yang dimaksudkan dalam ayat Al-Quran di atas??

Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" 
                                                                                               Hadis riwayat Imam Ahmad

Mari kita baca dan hayati petikan cerita di bawah..
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:


Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi



Ingatlah, Jangan berkata sewenang-wenangnya. Memang kat dunia ni kita boleh menang. Yang hak dan benar dikatakan salah, yang salah dan maksiat dikatakan Betul. Fitnah berleluasa.


       Tetapi ingatlah, di akhirat kelak, Mulut Akan terkunci. Anggota lain yang akan berbicara. Kerana apa? Mulut selalu menipu.
Nauzubillahiminzalik.  
Jangan nanti kita dapat juga sahamnya di Akhirat kelak. Nauzubillah.
   
          Saya Menulis ini kerana dasar saling mengingati atas hak Surah Al-Asr.


" Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang BERIMAN, dan beramal soleh, Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran. 




* Saya Merujuk pada Bapa saya (Imam Masjid),  Ustaz dan Blog2 agama.. 


Baca juga Artikel berkait> FITNAH > http://nurlinblog.blogspot.com/2012/05/fitnah-terlampau.html



* kisah Sultan Muhammad Al-Fatih diambil dari blog http://rulza.blogspot.com/2012/02/sultan-muhammad-ii-al-fateh.html


5 comments:

  1. salam...terima kasih ats info..skrang nk sbrkan hadis2 pun tak pasti sahih atau tak..kalau tak sahih kita yang berdosa kan..justpendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Itulah sebabnya, kita kena lihat Hadith itu Riwayat siapa, Rujuk hadith sahih.
      Sekarang, memang banyak Hadith palsu menular di kalangan masyarakat. Jadi, kaji dulu sesuatu hadith. Sekurang-kurangnya, tau siapa perawi nya.
      Sama2 kongsi ilmu.

      Delete
  2. terima kasih atas info..pernah terfikir hal ni..tapi kurang berpengetahuan..terima kasih sekali lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kongsi Ilmu Allah. :) sama-sama.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...