Monday, May 21, 2012

FITNAH TERLAMPAU

    Semalam baca 1 blog ni. Slumber betul dia dan rakan2 me"Laknat" , dan meng "kafir" kan orang..


Jangan menuduh org  tak tentu pasal.. Jangan Ikut Nafsu.

" DOSA DAN AKIBAT FITNAH LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH ". 


Sedarlah, siapa Kamu nak menuduh orang lain sebagai LAKNATULLAH?? dan Kuffar??



Paling saya tak tahan, apabila keratan akhbar ni keluar:






Nabi SAW. bersabda:
 "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya,
ia kembali kepada orang yang dilaknat dan 

jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." 

[ HR Abu Daud]


     Siapa yang melaknat orang lain , kalau betul akan diterima oleh Allah, dan laknat akan jatuh pada orang yang dilaknat,
Kalau tak betul,
laknat akan jatuh pada orang yang melaknat.



Nauzubillahiminzalik.

Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."

Rasulullah SAW. bersabda:(artinya) " Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat." [ HR Muslim dan Abu Daud]




       Saya Tak mahu mengutuk Ulama' kerana Para Ulama' yg boleh memberi syafaat. Kita semua memerlukan syafaat di Akhirat nanti. Allah menyuruh kita mendatangi Ulama'. Adakah kamu dah mendatangi Ulama' ? Saya pun belum.


PEMBERI-PEMBERI SYAFAAT


 Dari Usman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “ Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, yaitu para NABI, kemudian ULAMA', kemudian SYUHADA' ” (H.R. Ibnu Majah).

8 Golongan yang boleh memberikan syafaat di hari Kiamat dengan izin Allah ialah :
1. Al-Quran (pemberi syafaat yang paling besar kerana ia adalah kalam Allah). Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” Dalam hadith yang lain pula “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt , bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya“.tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran
2. Para Malaikat

Surah An-Najm[26] (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak
 malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
3. Para Nabi,
4. Para Ulama,
5. Para Wali,
6. Sidiqin (orang-orang jujur),
7. Soliheen (orang-orang soleh),
8. Hafiz (Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi). 

Kaji kedudukan kita di padang Mahsyar kelak. Seksaan di padang Mahsyar berbeza-beza ikut amalan.




Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."  (Hadith Riwayat Ahmad).



     Sungguh kesal apabila orang Melayu sendiri sanggup biarkan Bangsa lain kutuk Orang Melayu terang-terangan ,, hanya kerana berbeza politik.


      Come on la, Kita Orang Melayu, Semangat Melayu kena kuat, kalau kita sendiri suka orang kutuk Melayu, Habis, Bangsa lain yang tengok? Ketawa, tau x?
? Tambah semangkuk lagi.



Dunia Dah Terbalik. Fitnah Berleluasa. 





Antara tanda kecil kiamat:




Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”  [Musnad Ahmad, 3/220]. 

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata: “Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah).






Terbaru 17hb Jun..
Gambar FITNAH EDIT.










Gambar Sebenar..




Sedarlah, Yang kamu Fitnah ni Ulama'.


Orang Islam takkan tak tahu hukum fitnah?



Ulama' pewaris Nabi !




* Ada wujud manusia macam ni kat muka bumi ni rupanya. Tanggung lah dosa semua orang yang percaya fitnah kamu ni. 


* Di akhirat takkan terlepas!



Yang baik daripada ALLAH, yang buruk daripada saya. Sekian. 




Peace no war. ISLAM FOREVER..!

*Rujukan hadith> Kitab Riyadhus Solihin, Ustaz, 
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/01/19/pemberi-syafaat-recommendation/



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...