Saturday, August 3, 2013

JANGAN terus menghukum...

   Hari ini, Nak tulis, ringkas sahaja. InsyaAllah,sama2 kita.

Banyak pendapat yang kita tak tahu sebenarnya, sebab di Malaysia, kita ikut mazhab Syafi'e.
Yang belajar mendalam, mereka banyak tahu khilaf ulama'.

Masyarakat di Malaysia khususnya, mereka banyak mengamalkan perkara turun-temurun. Jadi, apabila datang sesuatu yang pelik, ataupun yang menentang amalan mereka, mereka terus menghukum 'Itu sesat'.


Itulah dugaan pendakwah, kadang2 tak boleh nak sampaikan semua yang kita tahu, nanti orang cop kita sesat. Walhal, itulah kebenaran.

*Tidak mengapa, kerana berani kerana benar. Biar sesat di mata manusia yang tidak tahu, apa yang penting menyampaikan kebenaran agama Allah. Ambil semangat Ustaz Ibrahim Libya (Memali). Al-Fatihah untuk Allahyarham.

* Harus diingatkan kepada yang ingin berdakwah dan menyampaikan sesuatu ilmu, hendaklah ikut level pemahaman sendiri. Jangan baru tahu bab 1, nak cakap bab 12. Sebab dibimbangi, kita menyampaikan benda yang kita pun sbnrnya tak tahu dan tak pasti, itu yang akan menjadi fitnah kepada agama (apabila kita menyampaikan ilmu yang salah). Nauzubillah.
Berkata apa yang kamu tahu.

>> Dan untuk pendengar, bila dgr sesuatu ilmu, kaji dan selidik. Bertanyalah pada orang yang ahli dalam bidang itu. Ilmu hadis, pakar hadith. Ilmu Kewangan : Pakar ekonomi Islam.
Jangan terus menghukum (normally, orang akan terus hukum, berdasarkan pandangan masyarkat).

Kalau kita tak tahu ilmu itu, jangan kita terus nak kata ilmu itu salah.

Sebab??  Ilmu Allah itu luas.

Apepun, moga Allah beri kesabaran untuk orang yang menyampaikan kebenaran kerana banyak dugaan zaman ini. 

Wallahua'lam.

>Aku Bimbang dengan trend kafir mengkafir dan sesat-menyesatkan org Muslim sendiri.

>Bimbang juga dengan kredibiliti Ulama' dan ustaz yang dipersoalkan.

Pendapatku, ini semua berlaku apabila, semua orang mahu berkata-kata, berdakwah dan berfatwa. Tidak salah, bagus , menyampaikan dakwah.

**Cuma, apabila menyampaikan sesuatu yang salah, itu yang menciptakan pelbagai masalah dan fitnah kepada agama Islam ini.

Ulama' dan Ustaz yang betul2 kelulusan agama, diketepikan kerana tidak mengikut citarasa mereka, manakala org yg berkata2 ikut apa yg mereka suka, mereka angkat menjadi pemimpin dan ulama' mereka.


Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim


> Sedih juga melihat orang yang tahu sesuatu ilmu itu, menyorokkan kebenaran hanya kerana keduniaan.

Nauzubillah.


Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya)


“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu itu dengan mengambilnya daripada dada-dada manusia, tetapi dengan mematikan ulama’-ulama’. Maka tinggallah dunia ini mengambil orang-orang yang jahil sebagai ketua atau tempat rujukan mereka. Bila ditanyakan kepada mereka maka mereka akan menjawab dan memberi saranan tetapi dalam keadaan yang tiada ilmu tentangnya, maka terhumban manusia dalam kesesatan yang berpanjangan.”(HR Bukhari)


Sampaikan apa yang kamu tahu. jangan bercakap apa yang kamu tak tahu.


diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:


من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت


Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.


** Jangan menyesatkan orang kalau kamu tak tahu. Apatah lagi melaknat orang dan mengkafirkan orang.

Nabi SAW. bersabda:
"Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya,
ia kembali kepada orang yang dilaknat dan

jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya."


[ HR Abu Daud]

Rasulullah SAW. bersabda:(artinya) " Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat." [ HR Muslim dan Abu Daud]



InsyaAllah, sama2 kita.









>>Itulah dugaan pendakwah, kadang2 tak boleh nak sampaikan semua yang kita tahu, nanti orang cop kita sesat. Walhal, itulah kebenaran. 

*Tidak mengapa, kerana berani kerana benar. Biar sesat di mata manusia yang tidak tahu, apa yang penting menyampaikan kebenaran agama Allah.

Ambil semangat Ustaz Ibrahim Libya (Memali). 

Al-Fatihah untuk Allahyarham.<<



Qul Al-Hak Walau Kana Murron. Berkatalah benar, walaupun pahit. 


Yang benar, benarkanlah. Yang salah, tetap salah. Jangan sekali-kali menegakkan benda yang salah kerana politik, kepentingan peribadi, etc.


>>Ulama' dan Ustaz yang betul2 kelulusan agama, diketepikan kerana tidak mengikut citarasa mereka, manakala org yg berkata2 ikut apa yg mereka suka, mereka angkat menjadi pemimpin dan ulama' mereka.<< 


“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu itu dengan mengambilnya daripada dada-dada manusia, tetapi dengan mematikan ulama’-ulama’. Maka tinggallah dunia ini mengambil orang-orang yang jahil sebagai ketua atau tempat rujukan mereka. Bila ditanyakan kepada mereka maka mereka akan menjawab dan memberi saranan tetapi dalam keadaan yang tiada ilmu tentangnya, maka terhumban manusia dalam kesesatan yang berpanjangan.”(HR Bukhari)



** Ilmu yang disampaikan perlulah berdasarkan dalil Al-Quran dan hadith yang sahih.

> Ramai yg pandai menghukum, tapi tak pandai nak selesaikan masalah. Tak pandai nak tunjukkan jalan yang betul.


Salam Ramadhan., amy :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...