Bertemu kembali dengan para pembaca yang setia. Sempena dengan
Raya Haji pada esok hari, ingin saya bawakan satu tajuk berkenaan dengan hadis
palsu.
Pertama sekali. Apa itu hadis palsu?
Hadis palsu atau hadis Maudu’ (dlm bahasa arab) ialah
Hadis yang direka dan dinisbahkan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه
وسلم .
Ia adalah salah satu
jenis daripada jenis-jenis hadis daif .(Hadis daif yang paling teruk)
Kenapa paling teruk??
Sebab ia palsu.
Direka .Tetapi dikatakan bahawa
ia nya daripada Rasulullah.
Ketahuilah
sesungguhnya menyampaikan Hadis Palsu adalah “HARAM”.
Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadith yang mutawwatir :
Maksudnya :
“Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku ) bukanlah
seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang
berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
( Riwayat
Bukhari dan Muslim )
Sekarang ni, saya nak
bentangkan beberapa hadis yang memang famous.
(Tapi sebenarnya Hadis PALSU
belaka) :
- ‘ Tuntutlah ilmu walau ke Negara China ’
- Hadis ini dihukum
sebagai hadis palsu.
- kerana dalam sanadnya bernama Abu Atikah Tharif bin
Sulaiman, merupakan seorang yang lemah dan tergolong sebagai seorang yang
memalsukan hadis.
2. ‘ Tuntutlah ilmu dari
buaian hingga ke liang lahad ’
* Dua2 hadis di atas
kerap digunakan dalam karangan dan hujah2 terutama dalam bab menuntut ilmu.
** p/s > Selepas
ini, janganlah guna hadis di atas, dan dikatakan pula hadis di atas
daripada Nabi Muhammad. Kerana, ia adalah Palsu.
HARAM menyampaikan hadis palsu, kecuali
dengan disebutkan bahawa hadis tersebut adalah palsu.
Kalau nak guna pun
mungkin sekadar tulis, tanpa mengatakan ia adalah hadis. Hanya sekadar kata
pujangga.
Hadis lain yang famous
juga, tetapi PALSU belaka.
3. Rejab Bulan Allah & Solat
Ragha’ib Bulan Rejab
Teks hadis palsu ini agak panjang,
saya hanya sertakan sedikit ( Yang biasa kita dengar ).
‘ Rejab bulan Allah, Syaaban
bulanku dan Ramadhan bulan umatku. Tidak ada seorangpun yang berpuasa pada hari
Khamis yang pertama dalam bulan Rejab seterusnya melakukan solat di antara
waktu Maghrib dan Isyak…’ (sehingga ke akhir hadith palsu).
Ini adalah hadis palsu yang
direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H)
dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat
al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada
Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus
rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek.
Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya
disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din.
Jangan juga terpengaruh
dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu.
Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan
hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada
jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas
Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan
solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w.
Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya
adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya
Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Mengusap mata semasa laungan azan
‘ Sesiapa yang berkata
ketika mendengar tukang azan melaungkan ( أشهد أن محمدا رسول الله) :
‘Selamat datang wahai kekasihku dan penyejuk mataku Muhammad bin Abdullah’,
kemudian mencium kedua ibu jarinya dan menyapu kedua matanya, nescaya tidak
akan rabun selama-lamanya.’
- Sanadnya terputus.
Menurut Al-‘Ajluni dalam bukunya, beliau memberi ulasan :
‘ Tiada yang sahih pada yang marfu’ (dari Rasulullah) daripada semua
ini.
4 Hadith Palsu untuk malam ini. Insyaallah bersambung lagi dalam masa
terdekat.
Sebelum mengakhiri penulisan dalam blog ini pada malam ini, Ingin diingatkan
bahawa
>> menyampaikan hadith
PALSU dengan sengaja adalah HARAM.
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun,
melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan
halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib
(menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah),
atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa
yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. (Abu Syahbah, al- Wasit fi
‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322)
Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah
sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesiapa yang menceritakan daripadaku suatu hadis, dan dia mengetahui ia
adalah dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”. (Muslim)
Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan pendusta. Amin..
*p/s : nantikan sambungannya. Kerana banyak lagi hadis palsu famous akan dibongkar satu persatu.
boleh update di : https://www.facebook.com/groups/nurlinblog/
BERSAMBUNG .