Friday, October 26, 2012

Lah... Hadis Palsu ke??



        Bertemu kembali dengan para pembaca yang setia. Sempena dengan Raya Haji pada esok hari, ingin saya bawakan satu tajuk berkenaan dengan hadis palsu.

Pertama sekali. Apa itu hadis palsu?


    Hadis palsu atau hadis Maudu’ (dlm bahasa arab) ialah Hadis yang direka dan dinisbahkan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  .


Ia adalah salah satu jenis daripada jenis-jenis hadis daif .(Hadis daif yang paling teruk)


Kenapa paling teruk??


Sebab ia palsu. Direka .Tetapi dikatakan bahawa ia nya daripada Rasulullah.


           Ketahuilah sesungguhnya menyampaikan Hadis Palsu adalah  “HARAM”.


Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadith yang mutawwatir :

Maksudnya :

“Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku ) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” 

( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sekarang ni, saya nak bentangkan beberapa hadis yang memang famous.
 (Tapi sebenarnya Hadis PALSU belaka) :

  1. ‘ Tuntutlah ilmu walau ke Negara China ’
- Hadis ini dihukum sebagai hadis palsu.
- kerana dalam sanadnya bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman, merupakan seorang yang lemah dan tergolong sebagai seorang yang memalsukan hadis.
     

    2.   ‘ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad ’

* Dua2 hadis di atas kerap digunakan dalam karangan dan hujah2 terutama dalam bab menuntut ilmu. 

** p/s > Selepas ini, janganlah guna hadis di atas, dan dikatakan pula hadis di atas daripada Nabi Muhammad. Kerana, ia adalah Palsu. 


HARAM menyampaikan hadis palsu, kecuali dengan disebutkan bahawa hadis tersebut adalah palsu.



        Kalau nak guna pun mungkin sekadar tulis, tanpa mengatakan ia adalah hadis. Hanya sekadar kata pujangga.


Hadis lain yang famous juga, tetapi PALSU belaka.

3.  Rejab Bulan Allah & Solat Ragha’ib Bulan Rejab


Teks hadis palsu ini agak panjang, saya hanya sertakan sedikit ( Yang biasa kita dengar ).


‘ Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. Tidak ada seorangpun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab seterusnya melakukan solat di antara waktu Maghrib dan Isyak…’ (sehingga ke akhir hadith palsu).


     Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)


Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

      “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek.
Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. 
Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).


Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).


4. Mengusap mata semasa laungan azan

‘ Sesiapa yang berkata ketika mendengar tukang azan melaungkan ( أشهد أن محمدا رسول الله) : ‘Selamat datang wahai kekasihku dan penyejuk mataku Muhammad bin Abdullah’, kemudian mencium kedua ibu jarinya dan menyapu kedua matanya, nescaya tidak akan rabun selama-lamanya.’

- Sanadnya terputus.

Menurut Al-‘Ajluni dalam bukunya, beliau memberi ulasan :
             ‘ Tiada yang sahih pada yang marfu’ (dari Rasulullah) daripada semua ini.


     4 Hadith Palsu untuk malam ini. Insyaallah bersambung lagi dalam masa terdekat.


Sebelum mengakhiri penulisan dalam blog ini pada malam ini, Ingin diingatkan bahawa

 >> menyampaikan hadith PALSU dengan sengaja adalah HARAM


Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:

Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322)

Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang menceritakan daripadaku suatu hadis, dan dia mengetahui ia adalah dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.  (Muslim)



Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan pendusta. Amin..


*p/s : nantikan sambungannya. Kerana banyak lagi hadis palsu famous akan dibongkar satu persatu. 

boleh update di :  https://www.facebook.com/groups/nurlinblog/

TAMBAH PENCERAHAN. Klik lah, n bacalah.. x lama pun.. :)  > http://drmaza.com/home/?p=2250

BERSAMBUNG .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...