Monday, January 21, 2013

' KAHWIN AWAL '

       
       Ke hadapan pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian.. Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya..

Ceh.... macam gaya nak menulis surat je gamaknya?

Tuan/Puan/Encik/Cik/ Tan Sri --- bujet macam ada Tan Sri baca blog dia..

       Baiklah. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, saya sebagai seorang yang digelar belia... Hendak mengupas bawang,, bukan bawang. Ni bukan kelas memasak ea. Harap maklum... ^_^ Saya hendak mengupas tajuk yang dinyatakan di atas dalam penulisan blog saya pada kali ini...

    Hmm... Yang atas ni pulak, macam gaya nak tulis surat kiriman rasmi. . . Tinggal letak alamat, tarikh,nama penuh beserta ic, sedikit isu & tanda tangan... Dah siap... Dah boleh pos kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat !

Ni yang nak marah ni, tadi tajuk bunyi macam nak tulis pasal 'kahwin awal', apa pulak masuk bab Surat Kiriman Rasmi SPM ni??

Sabar wahai pembaca sekalian....

       Ok, without further delay, without beating around the bush (teruk betul BI hang), ayuh lah kita straight forward kepada tajuk asal perbincangan kita iaitu :

     ----> KAHWIN AWAL




       Yang sebenarnya, Eden dah lamo eh jang duk perhati, tapi eden sonyap ajo eh... Tapi, tiba-tiba hari ini eden terpanggil untuk memberi pendapat & pandangan kepada isu ni.

     * Untuk pengetahuan semua, isu 'kahwin awal' ini bukan sahaja membelenggu student2 Universiti yang berumur 18 tahun ke atas,, tetapi juga melibatkan student2 di bawah umur 18 tahun.

    Kenapa den cakap student U tadi? Isu & trend 'kahwin awal' ni melibatkan student U je ke??
    Bukan,, ia melibatkan semua pihak yang ingin berkahwin ketika belajar khususnya. Kenapa saya cakap student U tadi? Sebabnya, student U selalu sangat disogokkan dengan isu ' kahwin awal'. Kalau ceramah yang tajuknya ada sentuh perkataan 'kahwin', maka berbondong bondong lah yang nak pi. Dan sepanjang pengalaman saya, memang banyak sangat ceramah pasal kahwin diadakan di Universiti.

          Jadi, sekarang ini, banyak persoalan yang boleh dibangkitkan di bawah tajuk 'kahwin awal' ni, tapi persoalan yg saya nak bangkitkan dalam penulisan saya pada kali ini ialah :


> Wajarkah ibu bapa memberi kebenaran kpd anak2 mereka utk 'kahwin awal'? (kahwin semasa belajar)
atau persoalan lainnya,

> Apa yang perlu ibu bapa lakukan bila berhadapan situasi sebegini?



  -----Pendapat saya,, kalau dah anak-anak tu nak sgt 'kahwin awal' bagi jelah... tapi sebelum tu kena tanya dulu.

>> Kalau anak lelaki  -- Nanti kalau dah kahwin, boleh tanggung sendiri kehidupan kamu??


     Senang citer mcm ni lah, kpd rakan-rakan yang nak 'kahwin awal' di luar sana, ada 1 persoalan penting di sini :

** Bersediakah kamu nak galas semua tanggungjawab kamu selepas kahwin??

      Rasanya, pasal tanggungjawab tu, kamu lebih arif daripada saya, sebab.. semestinya kamu ambil tau pasal tanggungjawab yang bakal kamu galas, because u are the one who prefer to marry at the young age. Right??

















Haa,, Amacam? Dah sedia??

Ataupun...

Kamu semua ni tak terfikir pun pasal tanggungjawab2 tu semua?

Atau...

Kamu fikir, dengan ber 'kahwin awal',, masalah boleh settle? Tak buat banyak dosa & so on...


Ok2... Jangan tension... Saya bukan nak tambah pressure kamu.. Cuma nak terbitkan persoalan2 yang mungkin kamu tak terfikir, atau tak sedar...


    Baiklah, bagi yang niat mereka untuk 'kahwin awal' terhalang,, pernah terfikir kenapa ibu bapa hang tak bagi kahwin?

     Saya percaya, bukan niat mereka (ibu bapa) untuk menghalang, bukan sebab mereka cemburu dgn kamu.

Bukan.Bukan.Bukan...

  Tapi, sebab... Mereka menyayangi kamu , anak2 mereka. Ibu bapa terlalu risau akan kebajikan anak2 mereka.

     ' Boleh ke anak aku ni nak kahwin?'
     ' Bersedia ke mereka nak galas tanggungjawab?'

   Ok. Bagi yang lelaki, Perbelanjaan semua tu macam mana? Makan, pakai? hang tak dak income lagi.. Hang pun tengah belajar, belum kerja.. Macam mana hang nak tanggung wife hang?

' Alah... boleh je keje sambil belajar... Banyak je business boleh buat.. Skrg senang je, business on9 pun boleh buat'

    Baiklah, Kalau banyak alasan 'Serba Serbi Boleh' .. Hmm, Ibu Bapa, biar je mereka go on with their plan... Tapi dengan syarat !

**>> Jangan sekali-kali kamu susahkan ibu bapa kamu bila kamu dah kahwin nanti.

     Ibu bapa hang pun dah semakin dimamah usia.. (ceh, ayat dramatis) ,, sepatutnya, bila hang dah kahwin, kurang beban mereka.

Mereka dah tua... Sepatutnya dah boleh tenang beribadah & jaga anak2 mereka yg dah besar panjang..

* Jangan sekali-kali kamu galaskan kepada ibu bapa kamu tanggungjawab yang sepatutnya itu menjadi tanggungjawab kamu sepenuhnya.


Pahe dok??? (Faham tak)

   Ibu bapa,, biarkan mereka .. Kadang2 kerana cinta, mereka sanggup ketepikan ibu bapa.

    Biarlah... Let it be.. Biar mereka tahu susah senang kehidupan mereka nanti.,

Apepun....

Mahasiswa! Think before u act! Fikir masak2 sampai hangus...

Last but not least,

Terimalah pantun 2 kerat drpd saya,

                    'Marriage' bukan perkara suka-suki,
                         Fikirlah tanggungjawabnya sekali...



Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya" 

(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)


    Inilah penyelesaian yang nabi ajar,, Bukan kahwin je untuk elak maksiat walaupun income tak de & kamu serba serbi tak mampu...

Puasa ..



>Kamu fikir, dengan ber 'kahwin awal' (kahwin semasa belajar),, masalah boleh settle? Tak buat banyak dosa & so on...<

* kalau tak laksanakan amanah dan tanggugjawab sebagai suami dan isteri itu pun berdosa apa. Kahwin untuk elak dosa atau tambah dosa?



Fikir-fikirkan..!





Segala Yang baik daripada Allah,

Yg buruk drpd saya dan syaitan.


FEEL FREE TO COMMENT ..


PEACE NO WAR. ISLAM FOREVER !


Sambungan > http://nurlinblog.blogspot.com/2013/07/kahwin-awal-2.html

Tuesday, January 1, 2013

Salah Faham Terhadap TAKDIR Allah




Assalamualaikum .


          Alhamdulillah, diberi lagi peluang untuk kita bernafas dalam nafas sebagai seorang Islam.

Diberi peluang hidup dalam bumi bertuah... (Mestilah hidup kat bumi, tak leh hidup kat planet lain.. :) )



          Setelah lama tak update post yang serius, kali ni, pada hari ini, hari last dalam tahun 2012, mari kita semua kembali serius dan cuba renungkan. Ponder and Wonder.

Saya telah mendapat  satu persoalan sms yang diajukan berbunyi begini,

 ‘ Ni nak tanya, bukan ke roh ni ditiupkan, dah ditetapkan ke rezeki, ajal, amal, n jadi orang rugi / bahagia? So, dah memang ditakdir macam tu? Kalau ditakdirkan jadi rugi tak leh masuk syurga la? Abes orang kafir tu, kesian la diaorang, diaorang memang lahir kristian......’

Nevermind.... towards the end of the sms, I personally think that, basically, it is all about the same subject. 

            i.e:  TAKDIR.

Baiklah, Sepanjang yang saya tahu, Manusia diberi dua pilihan.

                Sebelum itu, Mari kita lihat kepada persoalan tentang roh dahulu, Semua roh telah pun berjanji kepada Allah, Bahawa Allah tuhan kami, semasa di alam roh dahulu.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf  :

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”.
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. [172]

 
Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” [173]

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
[174]

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
[175]


Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. [176]

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.
[177]


Sebenarnya, Kita sendiri yang membuat pilihan itu. Bukan Allah yang tentukan untuk kita, Kita yang pilih.
 
    “Maka Allah SWT  telah mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan.  Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”
(Surah Asy-Syams: 8-10)

“(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) (8)

“ Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (9)

“ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?” (10)

“ Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;” (11)

( Surah Al-Balad : 8-11 )

Jadi, melalui firman Allah di atas, dapat disimpulkan bahawa, kita sendiri lah yang memilih jalan kebenaran atau jalan kesesatan.


Ok, Manusia pada hakikatnya dia lahir, tahu-tahu je dia beragama Islam, tahu2 je dia kristian.

Sebab apa?

Ibu bapa lah yang memilih untuk mereka agama mereka.

Bayi itu ibarat kain putih...

Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah

yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan 

Majusi ... 
(riwayat Bukhari dan Muslim)


        Allah telah mengutuskan Nabi dan Rasul sebagai pemberi peringatan... Macam mana masih boleh ada yang tersasar daripada jalan kebenaran?

Masih nak salahkan Allah lagi , nak cakap Allah dah tentukan mereka sesat? dah tentukan mereka rugi? 

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga.Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” 



Mungkin ada yang kata.. ‘ Sekarang  nabi dah tak ada..’

Memang lah Rasulullah Muhammad sollallahhualaihiwasallam dah lama tinggalkan kita menemui Allah tuhan semesta alam, tetapi,,

Rasulullah telah tinggalkan kepada kita semua khazanah yang tidak ternilai iaitu :
 1. Quran
2. Sunnah

Lan tadillu. Tak kan sesat selama berpegang pada keduanya.


 “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah sollallahhualaihiwasallam.”

 (Hadis riwayat Muslim)



Hakikatnya, Hidayah Allah perlu dicari......

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
[178]

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[179]

Seperti yang dalam sms di atas katakan, memang ada benarnya..  
           
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.

Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
 
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)

Lantas, sekiranya jodoh(dan segala takdir lain) itu hanya boleh diubah oleh Allah, apakah sebaiknya kita hanya perlu menunggu takdir dari Allah saja tanpa perlu berusaha lagi?3
 
Bukanlah begitu. Allah dan Rasul-Nya telah mempersilakan kita untuk berusaha supaya Allah mengubah takdir-Nya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”) sebagaimana sering kita lafazkan satu ayat 

"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaun itu sendiri mengubahnya"...
Allah SWT berfirman:

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)

Brothers and sisters ,, 

Hidayah pun kena cari..

" Orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami” (Al Ankabut : 69 )


                Macam kita,, yang masa mula-mula celik, lahir je tahu-tahu sebagai orang Islam.

Tetapi, , Hakikatnya,

                                Adakah kita telah masuk dalam Islam sepenuhnya??
                                                                  ATAU
                                Kita hanya Islam pada ‘ic’ dan ‘nama’ sahaja?

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan jangan kamu menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Al Baqarah : 208)


Kita yang sedia ada Islam ni pun perlu terus berusaha mencari Hidayah dan Jalan kebenaran-Nya.

Bukan orang kafir je yang nak kena cari...



Sebuah Kisah tentang menyalahkan takdir..

1 Pernah pula terjadi bahawa di zaman pemerintahan Khalifah Umar r. a., terjadi suatu pencurian. Setelah pencuri itu tertangkap dan dibawa ke hadapan Umar r.a., lalu ditanya:

"Mengapa engkau mencuri?"

Tiba-tiba pencuri itu menjawab:

      "Memang Allah sudah menakdirkan demikian ini atas diriku."

Marah sekali beliau mendengar jawaban orang itu, kemudian berkata:

       "Pukul saja orang itu tiga puluh kali dengan cemeti, setelah itu potonglah tangannya!"

Orang-orang yang ada di situ bertanya:

       "Mengapa hukumannya diberatkan seperti itu?"

Beliau r.a. menjawab:

       "Ya, itulah yang tepat. la wajib dipotong tangannya sebab mencuri dan wajib dipukul karena berdusta atas nama Tuhan. "

Kita dapat mengambil kesimpulan bahawa takdir itu sama sekali tidak boleh dianggap sebagai jalan untuk bertawakkal yang tidak sewajarnya, tidak boleh diartikan sebagai suatu paksaan Tuhan kepada seseorang hamba Nya.

Dari situ dapat pula diambil kenyataan bahwa takdir itu dapat ditolak dengan takdir, misalnya ialah adanya takdir rasa lapar, maka ini dapat dilawan dengan takdir makan, takdir rasa dahaga dilawan dengan takdir minum sampai puas, takdir sakit dilawan dengan takdir pengobatan diri sampai sihat kembali dan takdir kemalasan dilawan dengan takdir kegiatan serta keghairahan bekerja.


Kalau betul2 nak serah pada takdir, kenapa bila hang sakit kepala / demam , hang pi cari makan panadol? (tiba-tiba loghat keluar )


Abu Ubaidah bin jarrah r. a. pernah bertanya kepada Umar r. a. sewaktu Umar r. a. lari dari penyakit ta'un, katanya:

"Mengapa Tuan lari dari takdir Tuhan?"

Umar r.a. menjawab:

"Betul, saya memang lari dari takdir Allah untuk pergi ke takdir Allah pula. "

Yang dimaksudkan ialah bahwa beliau r.a. itu lari dari takdir tibanya penyakit dan marabahaya untuk pergi ke arah takdir tetap sihat wal'afiat.




Selanjutnya dibuatlah suatu perumpamaan olehnya sebagai suatu tanah yang tandus dan tanah yang subur. Artinya ialah apabila seseorang itu berpindah dari tanah yang tandus ke tanah yang subur, agar di situ dapat menggembala untanya, maka berartilah bahwa ia berpindah dari suatu takdir dan pergi ke suatu takdir pula.

Persoalan : Bolehkah Membahas Masalah Qada’ dan Qadar??
               
2 Dalam masalah Qada’ dan Qadar, seorang mukmin dikehendaki berpegang kepada dasar :
              
              “ Qadar Allah adalah tersembunyi dan membahasnya TIDAK digalakkan.”

Cukuplah bagi seorang mukmin untuk :
    Ø  Mengetahui pengertian Qadar dan darjatnya,

    Ø  Beriman dengan Qadar Allah,

    Ø  Beriman bahawa Allah mengetahui segala sesuatu,

    Ø  Beriman bahawa Allah menciptakan segala sesuatu,

    Ø  Beriman bahawa apa yang Allah tidak kehendaki, ia tidak akan berlaku,

    Ø  Beriman bahawa Allah Maha Adil , tidak menzalimi seorangpun,

    Ø  Dan beriman bahawa Allah bersih daripada sifat mengadakan sesuatu dengan    
        sia-sia.

Dalam masalah ini,, tidak perlu untuk kita berlebihan dalam membahaskannya...

* Kerana Allah mengetahui sekiranya kita perlu kepada perbahasan itu, nescaya Allah akan menerangkan kepada kita.

* Apa yang Allah tidak terangkan , maka tidaklah harus kita memberat-berat diri untuk mengetahuinya. Kerana... ianya akan menjadikan kita berselisih dan binasa dengan sebabnya.

* Oleh kerana akal kita terbatas, maka bukanlah tugas akal untuk mencari-cari perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Oleh sebab itu Abu Hurairah r.a. setiap kali ditanya oleh orang mengenai hal yang pelik dan sangat mendalam perihal takdir, selalu mengucapkan:

"Itu adalah suatu jalan gelap, maka jangan saudara lalui."

Jikalau masih juga dipaksa untuk menerangkannya, maka dijawab dengan ucapan:

"Itu adalah suatu lautan yang amat dalam, maka jangan saudara terjun di dalamnya."

jikalau masih juga meneruskan pertanyaannya, lalu dijawab:

"Itu adalah rahsia yang dimiliki oleh Allah Ta'ala, maka janganlah mencuba disingkapkan."

Dan beruntunglah kita yang lahir je Islam, Kita Cuma perlu Pelihara dan update diri untuk menjadi orang Islam yang patuh kepada perintah Allah dan Rasulnya..

            “Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan” (Al – A’raf : 196)

Luahan hati...

Kita yang Islam ni sibuk bergaduh sesama kita, Sibuk memberi alasan untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Sibuk cari alasan itu dan ini. 

Orang Kafir pulak sibuk cari jalan untuk sesatkan kita. Tak sedarkah kita?? Dah berapa ramai yang mereka berjaya sesatkan di sekeliling kita?

Moga Allah membimbing kita ke Jalan Kebenaran yang Diredhai-Nya.  Amin

We are one. One faith- Allah, One religion-Islam.



Pesanan untuk diri saya yang selalu lupa.

Wallahua’lam .
Segala yang baik daripada Allah.

Yg buruk drpd saya dan syaitan laknatullah.

Benarlah kata-kata Allah itu...



Rujukan:
1. Akidah Islam : Pola Hidup Manusia Beriman – Sayid Sabiq
2. Iman : Rukun, Hakikat & Pembatalannya – Dr. Muhammad Naim Yasin
3. copy paste.kata2 dan ayat yg dikongsi drpd blog lain. Credit to the blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...