Monday, March 4, 2013

Kalau Tak Ada Angin, Masakan Pokok Bergoyang.

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian.

   Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana telah terlambat post new update untuk blog ni. Maaf3.

Saya balik rumah haritu. Faham2 je lah, bila balik rumah , memang teramatlah 'bz'.. Malam semalam, balik UIA, ingat nak update, tapi sampai je, penat dan tertidur.. 

    Ok, berhenti membebel perkara yang tak perlu, jom berbalik pada tajuk asal.

 

Kepada yang tak tahu / tak pernah dengar, tajuk ini diambil daripada peribahasa Melayu tok nenek moyang kita dahulu.

 

Baiklah, Sebelum timbul sebarang spekulasi / sangkaan buruk daripada hampa semua, izinkan saya mengkhabarkan tujuan sebenar saya tulis update pada kali ini ;

BUKAN untuk mengkritik atau menyalahkan peribahasa ini, cuma satu soalan yang ingin saya terbitkan iaitu :

adakah peribahasa ini sesuai untuk digunakan masa kini?

 

    Sebelum meneruskan kata2, ada eloknya, saya tulis makna peribahasa ini.


Peribahasa

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Takrif

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa yang lebih kurang maknanya di bawah ni,

Peribahasa

Kalau tak ada api, masakan ada asap.

Takrif

Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Lepas den kobar makna peribahasa ni, agak2 boleh jawab tak soalan tadi??

       Pendapat saya, jawapannya ialah peribahasa ini tak berapa nak sesuai digunakan lagi zaman kini..

Sebab??

Sebabnya sekarang, banyak je pokok yang bergoyang walaupun tak ada angin...

     Kenapa? Tak percaya ka? Muka masing2 dah pelik kan,,

Betul, contohnya,

--- Ada orang yang goyangkan pokok tu, maka bergoyanglah pokok walaupun tak ada angin.
--- Monyet bergayut, confirm la ranting2 pokok tu bergoyang.

      So, sekarang ni kamu setuju tak dengan saya??

Contoh di atas, hanyalah secara zahiriah peribahasa,, Oleh itu, mari kita lihat pula kepada contoh untuk makna peribahasa ini.
 
          Zaman sekarang ni, zaman teknologi, banyak sangat benda atau perkara yang berlaku tanpa sebab. Banyak sangat benda tak betul dikhabarkan . 

 Tak payah contoh Global, saya cerita pengalaman saya je.

         Zaman sek menengah dulu, biasalah kalau kita ada orang yang kita minat / ada orang minat kita. Itu biasa. Jadi, alkisahnya, saya pun taktau lah kenapa rakan2 duk gosip saya dgn seorang pelajar 'opposite gender' aka lelaki.

Saya malas nak ambil port sangat, tapi bila orang tanya, saya akan jawab ' Saya kawan dgn si dia pun tak, macam mana lah boleh orang kata saya ada apa2 dgn dia?'

     Gosip tu bukan sekadar gosip biasa, teruk juga sampai ada yang kata dia couple dgn saya. .
Memang sakit hati lah kan, bila kita tak buat, orang fitnah macam tu, 

Geram, saya tulis atas meja ( Atas kertas lah, bkn atas meja lah, DOSA conteng atas meja, hak awam tu..) ' Lelaki buaya darat ' ( sbb masa tu famous lagu ni) n kwn siap tlg lukis gmbr buaya..

   Ok, kaum lelaki yang membaca ni jangan marah. Kalau marah, bermakna anda lah tu. 

        Sampai satu tahap,yang agak melampau fitnah nya, apabila suatu hari, saya dan rakan2 balik ke rumah naik ktm. Ktm bertolak ke destinasi kami , agak lambat sampai, dan kebetulan, pada hari itu, ramai pelajar2 lelaki batch saya turun di stesen Ktm tu juga. n one of them is the one yang kena gosip dengan saya tu.

Lepas naik cuti, hari Ahad, kawan rapat saya jumpa saya dan tanya. ' Weh, si 'w' tanya, betul ke kau dating dgn si 'dia' masa kat Ktm jumaat aritu?'

Wau! Saya memang terkejut. Berani sungguh mereka buat cerita, sedangkan ramai saksi kejadian. 

   Masa kat Ktm tu, saya siap jalan bersama dengan rakan2 yang 'geng alim' sekolah lagi.  Dekat dengan si 'dia' pun tak.

    Jadi kawan perempuan kpd kawan baik saya yang dgr rumours tu, tak percaya kisah yang mereka bawakan tu, sebab, yelah, dia tau saya ni macam mana, tu sebab dia tanya kesahihan cerita tu.
 
     Ok, jadi, pembaca sekalian, nampak tak di situ, meskipun tiada angin, pokok boleh bergoyang?

Dan contoh kat Dunia sekarang ni, ye lah, macam2 tuduhan palsu ke atas orang lain. 

' Ingat ,,' Al fitnatu asyaddu minal qatl ' Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

** Jadi, rakan2, kalau ada seseorang membawa sesuatu berita, kalau boleh, tanyakan lah pada tuan yang 'dalam tajuk berita tu'.. Direct. Dan jangan cepat percaya apa yang anda baca, dengar, lihat. Selidik lah dahulu.. --> Pesanan untuk saya juga.

 Orang sekarang ni, sanggup buat fitnah, asalkan hajat mereka tercapai. Takpa, di akhirat takkan terlepas. Ingat tu!

Mulut menipu, mata tertipu ,telinga pun kdg2 tertipu..

 

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik (wrong-doer) membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.[49:6]


Fasik ialah Orang yg tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau mengerjakan dosa-dosa kecil secara berterusan.


Baiklah, itu sahaja untuk malam ini. Maaf lagi sekali. 

Segala yang baik daripada Allah. 

yg buruk drpd saya dan syaitan. 

Bacaan lanjut untuk tambah ilmu>> http://nurlinblog.blogspot.com/2012/05/sumpah-laknat.html

Peace no war~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...