Friday, June 22, 2012

Peringatan Bersama


Salam :)

PERINGATAN BERSAMA,

Khas utk Muslimah (sis):

1. Pakai tudung tu, pakailah menutup AURAT, bukan menutup URAT semata-mata.
Bagi saya, nak pakai apa pun pakailah, tapi tutuplah apa yang telah Allah suruh.

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [ An-Nur (24):31 ]."

* kalau nak tau cara2 nak bagi setting tudung bg tutup aurat sempurna, boleh rujuk sesiapa yang tutup aurat sempurna. Tak susah pun. Boleh adjust.

* tudung Jangan singkat.

2. Sarung tangan. Kalau anda jenis suka angkat tangan / gerak2 tangan, bimbang aurat ternampak, jadi pakailah sarung tangan.

3. Anak tudung. WAJIB pakai. Sebab, sedia maklum tudung bawal jarang. Dan ada juga tudung labuh yg jarang. Kalau tak pakai, nampak rambut, apa guna pakai tudung?

** Ingatlah Penyeksaan yang Nabi Muhammad S.A.W nampak semasa Isra' Mi'raj. Sangat menakutkan. Untuk golongan wanita yang mendedahkan rambutnya. Boleh rujuk kembali.

4. Tak payah pakai atau buat SANGGUL tinggi-tinggi.

Tak lawa beno rupanya. Sakit mata memandang.

5. Di asrama, kelas, bilik, jagalah kebersihan. Kan best duduk dalam suasana yang bersih.. (tuju untuk Lelaki dan Wanita). Lagipun Syaitan suka benda2 Kotor.

6. Di asrama dan rumah, jangan terjerit-jerit, terutama waktu malam. Kerana mengganggu org lain dan tak elok.

Khas untuk Muslimin (bro):

1. Tutup aurat di asrama dan rumah. Jangan pakai seluar atas lutut.
* Semasa main Bola atau permainan lain.
 
Senang cerita tutup aurat kamu di mana-mana.

Sama-samalah kita mengubah diri ke arah yang lebih baik. Hargailah peluang anda di Malaysia yang aman ini, untuk mendalami Ilmu Agama. Insyaallah Allah bersama kita.

* Saling mengingati atas hak Surah Al-Asr.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.


Jangan beri alasan belum sampai seru.  Al-Quran tu dah lama diturunkan.

Segala suruhan dan larangan tercatat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah (takhsis al am, etc). 

Kita pun bukan hidup zaman dulu. 

Agama boleh dituntut dengan mudah sekarang.

Ustaz dan Ustazah ramai untuk dirujuk. Internet pun boleh google je. 
** Tetapi pastikan berguru dgn Org Yang Ahli Dalam Bidang Agama. 
** Awas ajaran sesat.

Jangan tiru Semua di hadapan kita 100%. Fesyen2 tu byk yang bakal buat kita terjerumus ke lembah kehinaan dan api neraka. Nauzubillahiminzalik.

Buang Yang Tak elok, Ikut yang elok.

Akhir sekali, semoga dapat manfaat bersama.

http://nurlinblog.blogspot.com/2012/02/itu-bukan-masalahnya.html



Segala yang baik daripada Allah, 
Yang buruk daripada saya. 
Peringatan untuk diri saya juga.

Peace no war. :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...