Monday, July 1, 2013

KAHWIN AWAL 2

Ok… Hari ini nak sambung Kahwin Awal part 1 aritu. Sedikit je nak tambah.


KAHWIN AWAL..
( kedua-dua mempelai sedang belajar )

Ramai duk post pasal bestnya kahwin semasa belajar..

Baiklah, saya pulak nak post pasal nikmat membujang time belajar ni..

1. Boleh duduk bawah ketiak mak lagi..
2. Boleh menghabiskan masa bersama-sama dengan adik-beradik yang masih belum kahwin
3. Boleh tambah pengalaman hidup, journey around the world (tanpa terikat dgn tanggungjwb as husband n wife)

Hmm, actually, memang tak salah hampa nak kahwin awal..

Provided!!

* Pas kahwin, hang JANGAN…

1. Complain hidup tak sesenang pasangan yang lain / tak sesenang semasa bersama keluarga



2. pastu jangan suruh mak bpk hang, ke adik beradik hang ke, etc jaga anak hang. (Jaga sendiri lah, atau p hantar nursery)


Sebab… ini lah rata2 masalah kahwin time belajar.

Hidup tak senang, >> gaduh >> divorce!

Betol.. hampa jangan tak caya. Ini hakikat & reality.


* Hang nak kahwin awal, dah cukup bersedia utk pikul tanggungjawab?



Untuk lelaki, boleh sediakan tmpt tinggal, makan, minum, pakaian, etc ?
utk perempuan, <-- pandai2 lah kamu , tanggungjawab perempuan apa..



** Ingat, Tanggungjawab sebagai suami dan isteri adalah suatu AMANAH. akan dipersoalkan di akhirat nanti.


ok? Kalau hampa dah decide nak kahwin masa belajar, jgn nanti duk complain hidup susah & memberi sumbangan utk peningkatan kadar perceraian di Malaysia. Nauzubillah..


Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya"

(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)


* Post ini adalah umum. Jgn sesiapa terasa hati pula. Karang tiba2 mai hentam saya kat luar. 


Jangan ya!

Maaf..


Peace no war ya !


klik link untuk bacaan PART 1 yang panjang lebar >>http://nurlinblog.blogspot.com/2013/01/kahwin-awal_21.html



oh ye, btw, kat post kahwin awal part 1 saya tu, ada yang tanya saya mengenai nikah khitbah / nikah gantung.







Haha, bagi yang baru first time dengar, jangan duk terkejut sangat...


N kepada yang bertanya, maaf lambat sangat jawab,  boleh tengok link ni k?



> AMARAN !! Tutup mata kalau keluar 'advertisement aka Ad' yang bukan2 tu. Tak tutup aurat. Buat tambah dosa je.



Ok, here you go..


http://www.youtube.com/watch?v=hEBTNE66-u4






Moga terjawab persoalan. Download sekali senang, macam saya buat. Best boleh tengok banyak kali.



Banyak input video ni. input paling best yang part ukur baju di badan sendiri, kita mampu atau tak untuk kahwin? mampu sara keluarga? n lain2 lagi?


Kepada yang nak kahwin time belajar ni, kena ada 3 Kunci :

1. Kunci kenderaan
2. Kunci rumah
3. Kunci pejabat



apepun,Jangan duk buat benda haram dalam islam, couple semua tu.



Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya"


(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)



Ingat Allah selalu.



p/s > hantaran tu jangan mahal sangat sampai menyusahkan urusan kahwin. itu mencetuskan banyak perbuatan haram zina, buang anak, etc.


Apa yang penting urusan hidup selepas kahwin, jangankan sebab hantaran mahal sangat, lepas kahwin, duit dah takdak. Susah hidup. Perang lagi.

Dalam Islam, istilah Mahar. Mas Kahwin. 


Bukan hantaran. yang over sangat tu. Berpada-pada  k? 



InsyaAllah.. sama2 kita.



Hm. Ok lah. Sekian.



Tambahan mengenai cinta> http://nurlinblog.blogspot.com/2013/07/cinta-sebelum-kahwin-couple-dan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...