Saturday, December 14, 2013

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Safar 1435/ 13 Disember 2013

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR
DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA
DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH

             Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 – 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran. Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh. Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam. 

             Kepada pendokong Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-Syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. 

            Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyinsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar !.

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Last words of Abdul Quader Molla for his family



THURSDAY, 12 DECEMBER 2013


         
After receiving the notification letter, the family members want to Dhaka central jail at 8 pm to meet him. At that time, Abdul Quader Molla informed his family that, he is not informed of anything about his much talked about execution. His medical check up and other formalities are not completed. He was acknowledged from his family men that the family is being invited by the prison authority to meet him for last occasion.

          At that time, Abdul Quader Molla stated his family men that, I was your guardian. If this government would kill me unlawfully, that will be a death of martyrdom. Following my martyrdom, Almighty Allah will be your guardian. HE is better guardian. So you have nothing to be worried.
I am absolutely innocent. I am being murdered as I am involved with the Islamic movement. The death in martyrdom is not bestowed in everyone’s fate. If Almighty Allah blesses me with martyrdom, I would consider myself as the luckiest. The martyrdom will be the best achievement of my life. My every single blood will mobilize the Islamic movement and will bring the doom of the autocrats. I am not worried for myself. I am worried about the fate of this nation and the Islamic movement. To my knowledge, I have not committed any mistakes or offences. I have sacrificed my entire life for the Islamic movement. I have never bow down my head before irregularities, will never do by the grace of Almighty Allah. No question is raised of seeking mercy or life before any worldly authority. Allah is the only deciding authority of life and death. Allah will fix my fate. I will not be executed as per the decision of any individual. My time and date of martyrdom will be finalized as per the decision of Almighty Allah. I will accept the decision of Almighty Allah in any cases.


         To the family members, he further stated that, you will keep patience. The blessings and forgiveness of Almighty Allah will be ensured through patience and tolerance. Only the salvation in the Akhirah is our only desire. I am seeking prayer and support of the people for acceptance of my martyrdom. I am saluting the countrymen for their support and blessings.

 #copypastegroupUniversity



Semoga arwah Abdul Quader Molla dikurniakan syahid.. Amin.. Al-Fatihah.

* Tolong, JANGAN teruskan membaca sebelum anda sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah.


          Di saat kita sibuk mengkritik semua benda, (yg baik pun dikritik), bergaduh sesama sendiri, menfitnah, berpecah belah, 'kau sesat, kau kafir',

Sedar tak kita? Umat Islam di seluruh dunia ditindas?? Tahu tak orang Islam kat Rohingya dibakar? kat Angola, Islam diharamkan, masjid diruntuhkan. Tahu x?

       Hang kat Malaysia???

 ' proton perdana baru copy paste honda! dah xde idea ke?' 

                     ' eh, biarlah org kristian nak guna kalimah 'Allah' dalam bible, apa masalahnya?' 

 ' Mat Sabu kagumi khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah',

                     ' macam cantik je, macam comel je, kita dah couple seminggu lah' etc.

Isu 1. 

Isu proton yang bagi saya memang lah tak penting untuk dibincangkan. Kalau dah x suka proton, abaikan jelah. kan? tak payah beli.
pastu akan ada lah yang akan ckp > ' cmne lah nak maju kalau kritikan pon xleh terima? '

Kalau kritikan membina yang hang beri, takpe. Ni setakat nak cemuh, baik tak payah. Belum tentu hang nanti jadi engineer boleh cipta sebuah kereta.

* Keyboard warrior spesis mcm ni, serius lah wei, better korang diam je daripada tulis benda yg menyakiti hati orang dan menyakitkan mata yang membaca.

Isu 2.

' eh, biarlah org kristian nak guna kalimah 'Allah' dalam bible, apa mslhnya?'  -- saja warnakan merah

Apa masalahnya?? Ha, ni masalahnya. 




- gereja sidang jemaat Allah - kat Indon










- Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil



- Cadangan pembinaan 1 Malaysia Spiritual Tourism  - xtau lah sahih ke tak brita ni..

ia akan menemptkn rumah ibadat terbesar agama Budda, Tao, Hindu, Sikh, Conficius, Kristian, Sai Baba dn I Tao Kuan. Akan didirikan piramid terbesar di dunia dan dibina patung Kuan Yin d atasnya.


The resort will comprise the following environments:

• Kuan Yin Environment
• Buddhism Environment
• Hinduism, Sikhism and Sai Baba Environment
• Taoism Environment
• I-Kuan Tao Environment
• Confucianism Environment
• Christianity Environment


   Erk? Agama Islam mano???? Tersedak air coke. <--- siapa suruh hang minum coke? 

Coke, starbucks, McD semua tu sumbang kepada Israel, boikot lah wei. Hang p minum and makan, tu pasal tersedak tadi...

List boikot? mai tgk sini> http://nurlinblog.blogspot.com/2012/11/boikot-produk-israel-free-palestine.html

Jap2, sumber berita psl piramid tu mana hang dapat cik?? pandai cari lah.. dunia serba canggih.. Harap x jadi lah plan ni. amin..

Kepada Anda, Orang Islam yang gigih menyokong sgt kalimah Allah tu diguna dalam bible, tolong,, bentangkan hujah2 kenapa perlunya nama Allah tu diguna dlm bible. Mai Bentang sini. 


Kalau xdak hujah, meh sini saya nak habak mai (beritahu) :

Secebis pemikiran isu Kalimah ‘ALLAH’..


Milik Islam / semua? **Mari luangkan masa BACA dan fikirkan.

           Saya dah lihat dua2 pendapat. Boleh dan tidak boleh. Dan menimbang tarakan.

*Namun, saya lebih menyokong utk
TIDAK membenarkan kalimah ALLAH digunakan dlm bible.

Mungkin ada yg kata sbgi dakwah,
Tetapi,
Saya melihat ia sebagai satu ‘langkah’ utk menyesatkan org lain.

        Cuba ambil cth, ada org yg tak kuat berpegang pada agama Islam, diberi bible yang menggunakan kalimah Allah. Mungkin, ada certain part yg sama dgn Islam, tp kita TIDAK boleh menafikan injil,taurat,zabur semua itu TELAH DIUBAH kandungannya.


    dan, org tu mula hatinya, mengatakan, > 'hmm, ikut ajaran dlm bible lebih mudah', atau alah, 'lebih kurang je bible ni dgn Quran, tuhan pun tulis Allah. Apa yg salahnya'


NAUZUBILLAHIMINZALIK !


                 Jadi, nampak tak permainannya? Orang Kafir mahu menyesatkan kita secara halus dan senang.


Ingat, Allah berfirman, 


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti mereka..” (AlBaqarah:120)



                        Jgn mudah terpengaruh dgn cakap manis, ‘sbgi lgkh dakwah Islam’


**Saya tidak percaya! Kamu nak Islam, baca Al-Quran . Ikut petunjuk Al-Quran dan As-sunnah dalil yg sahih.

BUKAN baca bible!



        Dan kalau seandainya, orang kafir mengatakan bahawa tuhan mereka juga Allah, itu sbb nya mereka perlu diberikan hak menggunakan kalimah Allah. kalau begitu alasannya, masuk lah Islam. Kerana,


إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ الْإِسْلاَمُ

" Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.. " Ali Imran, 3:19



Hanya agama Islam sahaja yang diterima oleh Allah. Kalau mengaku Allah tuhan, maka Islam lah agama yg perlu dianuti.

Ayat penuh firman Allah dalam surah Ali-Imran, 3 :19 ,

" Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya."




***Saya berdoa semoga keputusan di Mahkamah Persekutuan nanti, TIDAK membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible. Amin.. ***mari DOA bersama. 


( keputusan mahkamah rayuan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible, tetapi mereka menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan-Federal Court) 

                   Hanya Al-Quran yang Allah pelihara daripada tercemar dgn perubahan oleh manusia.

*** Jgn pernah menyokong berdasarkan agenda politik! Politik2 juga, Islam yang utama!

Moga Islam terpelihara.amin. Takbir!


ALLAHUAKBAR!

Wallahua’lam.

Bacaan tambahan> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah


- diambil daripada status fb saya-



Isu 3. 


' Mat Sabu kagumi khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah'

           Kalau betul , tangkap jelah. Yang nak p bincang lagi dalam berita buat apa? Kalau betul akidah seseorang tu dah salah, perbuatan yang dia lakukan menyimpang dari jalan kebenaran, x kira lah dia tu syiah ke, seorang ahli sunnah ke, berfahaman ayah pin ke, tangkap semua. Yang Murtad semua tu, tangkap. apa tunggu lagi?

Nasihatkan dan kembalikan mereka pada ajaran Islam yang sebenar. Tak payah nak bercakap byk, kata dah ada bukti semua, tangkap dan bicara. - ni untuk pihak berkuasa lah. kita rakyat marhaen, xda kuasa nak tangkap org2 ni.

Dan kalau tak dapat dibuktikan dia ikut akidah and ajaran yang salah, lepaskan.

Isu 4.

'macam cantik je, macam comel je, kita dah couple seminggu lah'. 
Maaf cakap lah, Benda sampah macam ni pun hampa nak layan ka? tgklah skrg, Akibat drpd tindakan hampa hampa semua yang buat parodi tu, dah jadi artis dah budak ni. Kesian ek, benda2 tak bermanfaat mcm ni diangkat, dijemput ke siaran televisyen. 

       Vlogger yang upload video2 tarbiyah n dakwah mcm Mat Lutfi, Anwar Hadi, Aiman Azlan , Izzat Roslan, Mr The All Shared, Madmie & Co., xde pulak di 'up' kan?

Hm. dunia.. dunia..



~Terdengar berita menyedihkan. Mengharapkan ia tidak benar. Semoga Allah memelihara iman kita dan orang2 yang bersungguh-sungguh mendekati Allah dan agamaNya.


       Kepada yang ditindas, yang berdakwah dan dicemuh, yang berputus asa dalam hidup, saya ada kata2 semangat sedikit untuk anda:


‘dunia ini memang tidak adil. Hadapinya sahaja. Kita ada Allah. Ceritakan dan luahkan segalanya padaNya. Cinta Allah Cinta Abadi. Syurga nanti tempat bahagia.’


           Kepada rakan2 dakwah, Blogger ni boleh jadi peneman anda dan pembangkit semangat anda dalam menghadapi cabaran2 dalam berdakwah. Angel Pakai Gucci. Temerity.


SubhanaAllah wAlhamdulillah walailahaillAllah Allahuakbar. Allahumma Solli A'la Muhammad wa'ala aali Muhammad.





      Akhir sekali, Saya menyeru, kita semua bersatu . Bersatulah di bawah 1 kalimah Lailahaillallah!

Jangan bertelagah lagi.. Umat Islam di seluruh dunia ditindas. Bersatu teguh bercerai roboh. 

            Tanggalkan fahaman2 yg tidak betul, hasad, bersatulah di bawah panji Islam! 


Sudah2 lah, jangan biarkan fahaman parti yang berlainan ini, memisahkan kita. Kita 1 akidah. 1 Agama...
Semoga Allah memberi hidayah kepada pemimpin negara Malaysia.amin..Ya Allah beri kemenangan kepada umat Islam di Palestin, Mesir, Rohingya, Syria, Iraq, Thailand, Angolo dan seluruh alam.amin 



There is no shame for not knowing, but it is a crime to be negligent.-Waleed Basyouni's fb status .

Google Translate > Tidak ada rasa malu kerana tidak tahu, tetapi ia adalah satu kesalahan menjadi cuai.




قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Ali Imran:26


ditulis, 12.30am-2.24am. 

Good night. Bismikallahumma Ahya Waamut.. -doa tidur


p/s : maaf lama tak menulis. Harap pembaca puas hati dengan post kali ni. Sekian lama menyepi, saya bagi hadiah post kali ini yang banyak isu dan isi yang hampa boleh dapat daripadanya. Sebarang comment dan kritikan membina, cadangan amatlah dialu-alukan..

           'nurlin, boleh kupas isu GST?' 
ha?? Lariii....

             Hmm, kepada mahasiswa, sebelum anda mengambil sebarang tindakan, fikirkan lah. fikirkan dalam2 sampai hangus. Jangan bertindak mengikut emosi k?

InsyaAllah, sekarang, kita belajar betul2. Dan satu hari nanti, kita akan pegang tampuk pemerintahan, kita ubahlah ke arah kebaikan. Jadilah orang yang amanah . Sekarang masanya, gali ilmu secukupnya buat bekalan dunia dan akhirat. Didik diri. Sama2 kita.

       Nikmat aman di Malaysia yg Allah beri, dapat kamu menuntut ilmu dalam keamanan. Hargailah. Hargailah. Hargailah sebelum ia pergi. Jangan hancurkan keamanan itu, dgn amarahmu. Jangan siakan keamanan itu..


Wallahua'lam. 

Segala Yang Baik daripada Allah, 
yang tersalah, tersilap, drpd saya, seorang hamba Allah.

Share if you care. Spread the words. Semoga bermanfaat.  





Tahniah kepada anda yang berjaya membaca sampai habis. Semoga Allah memberkati saya dan anda semua. Semoga kita dan keluarga, ditetapkan di atas jalan kebenaran.amin.

nah, amek smiley saya ni 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...