Saturday, December 24, 2011

Over open minded? Think about it ~

Ramai sudah bertanya kenapa tak update blog? Maaf dipinta bukan apa, busy sedikit.


Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Alhamdulillah, saya meneruskan pelajaran sekolah menengah di Sekolah Agama. Satu sekolah di selatan tanah air yang boleh tahan famous dgn aktiviti kawad nya yang terbaik! (iklan)

Ok, sambung balik.

Oleh itu, saya telah dididik oleh guru-guru dengan ilmu agama yang akan membimbing saya dalam menerajui hidup yang penuh onak dan duri ini..

Semasa berada di sekolah dulu, saya memang tak sabar-sabar untuk menamatkan SPM. Bukan apa, tak sabar nak bercampur dengan kawan-kawan dari dunia luar. Ada seorang senior masa tu berpesan 

" Nanti kalau adik-adik dah keluar dari sekolah ini, pasti akan merindui sekolah ini."
Solat jemaah sama-sama. Baca Al-mulk sama-sama. Qiyam. Warden kejut bangun Solat Subuh.

Masa akak senior tu bercakap begitu, saya rasa macam pelik..
Benarkah saya akan merindui sekolah ini? 
Jawapannya memang benar. 

Lepas saja tamat SPM, dah tak ada rasanya solat jemaah dengan kawan-kawan. Baca Quran sama-sama. Warden kejut solat subuh dengan rotan (fullamak garang!) :( 





Sementara menunggu kemasukan ke Universiti, saya mengisi masa saya dengan bekerja. Bermula di situlah saya berjumpa dengan orang yang bermacam-macam ragam. Saya bekerja dengan orang yang tidak solat, yang ada perasaan sesama jenis..

Masa saya bekerja, saya rasa takut pun ada. Sedih lihat masyarakat Melayu ISLAM di luar sana yang maaflah, tidak memperlihatkan cirir-ciri Islam. Ini adalah dugaan pertama saya.

Semakin menginjak dewasa, saya berjumpa dengan orang yang saya rasa bukan kacukan. Memang Melayu pure, tapi fikiran agak kebaratan. To me, it is not open minded. But it is over open minded. For example.

Suatu hari,
 Ada seorang ni memberi cadangan agar "Gay Marriage" dibenarkan. Masa dia cakap tu, saya dah pening. Biar betul apa saya dengar? Lepas dia habis menerangkan hujahnya, hanya 3 org sahaja yang tak menyokong langsung termasuk saya. 

The rest, sokong' we can legalise Gay Marriage  for the non-Muslim'. I mean in Malaysia. 

No way man! Gay is prohibited by all religions. Not only Islam!

Ni yang saya kata over open minded. Alah, bolehlah. Non-muslim je. Karang tak benarkan, keras sangat. 

What??

Lagi satu yang saya sedih, apabila kes bolehkah ucapan merry Xmas, diucapkan? Jawapannya tak boleh. Walaupun kepada non-Muslim. Kerana tak ada istilah 'selamat' untuk mereka.  boleh rujuk utk hukum ucapan. > http://malay.bismikaallahuma.org/hukum-ucapan-merry-christmas-selamat-hari-natal/

Kajilah, apa itu krismas di sisi mereka..

Oleh kerana terlalu open-minded mereka berkata :
' bolehlah, demi menjaga persahabatan'

Demi menjaga persahabatan, kita sanggup perlekehkan Agama kita? Islam? Allah? 

I don't think so. 

Itulah antara bahaya over open-minded kawan-kawan. Jangan kerana perkataan dan tulisan, kita terkeluar daripada agama Islam yang Syumul. Nauzubillah. Jangan kerana nak menjaga perasaan orang lain, kita sanggup korbankan Agama Islam kita.. jangan. Nauzubillah. Peringatan bagi diri saya yang lupa juga. Yang baik daripada Allah, Yang buruk daripada saya.

-Akan bersambung dalam isu yang lebih hot- GAY

Wait for it ok? Tq~

Wallahua'lam

Wednesday, December 7, 2011

Panik? Tak payah nak panik sangatlah...

Hmm... Dah lama tak menulis. Bukan apa memang busy.

        Kali ini saya tertarik dengan berita yang agak Sensasi dan Panas bertajuk lagu Panik nyanyian Bunkface di banned a.k.a diharamkan daripada disiarkan dalam radio dan stesen television di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM)..

Menurut sumber http://mynewshub.my/2011/12/01/rtm-haramkan-lagu-bunkface/  ,
lagu Panik ini telah diharamkan kerana satu perkataan di dalm lirik nya yang didakwa mengandungi unsur politik.





Memetik kata Vokalis kumpulan Bunkface Shamsul Annuar atau lebih dikenali sebagai Sam,

             “Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik. " 

          Simpati saya apabila mengetahui mengenai hal banned ni. Bukan apa, kalau alasan lagu ni di banned kerana ada membawa unsur lucah atau unsur x elok, saya boleh terima.

           Di sini ada satu persoalan yang berlegar di fikiran. Kenapa lagu2 lain yang memang sah2 membawa makna yang x elok, unsur lucah seperti kebanyakan lagu2 Inggeris baru2 ini tidak di banned? For example lagu Bruno Mars, JeLo etc. Bukankah tak elok untuk di dengar oleh kanak-kanak dan Remaja seperti kita?

Ok. Fine. Mungkin sebab lagu orang putih, kita tak nak banned. Lagu Melayu pun ada gak spt lagu.... tak nak lah disebutkan di sini. Rasanya kamu semua pun tahu banyak lagu yang x berapa nak elok. Ada juga lagu2 cinta Melayu yang terlalu Hiperbola.

        Apa pun pendapat saya, Lagu2 yang dicipta oleh kumpulan bunkface kebanyakan nya menggunakan Istilah2 BM yang WAu!  Apa orang kata? Agak gempak lah.. Revolusi.. Extravaganza... Panik... Reformasi? Opps.. Maaf, Di sini tak ada unsur politik. Harap maklum.

Bagi saya Lagu Dunia nyanyian Bunkface amat patriotik compare dengan lagu2 Melayu sekarang yang banyak berunsur cinta.

Gelisah tak bermaya
Manipulasi angkara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa

Patriot kan ? Siap pikir pasal generasi dia lagi...

Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku


Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau kan turut serta
Di dunia

Siap bimbangkan dunia skrg yang semakin teruk lagi... dahsyat. bukan semua orang nak bimbang pasal dunia. siapa lagi kalau bukan Bunkface? :)


Kuasa sementara
Komunikasi tiada makna (tiada makna)
Dan tindakbalas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa

Malah, lagu Extravaganza juga telah memberi saya semangat dengan izin Allah ..

Semangat baru,
Perjuangan yang satu,
dan matlamat hidupku,
hanya untukMu.

Semangat dengar lagu tu.

        Dan untuk pengetahuan semua, Masa mula-mula lagu Panik ni keluar, ramai yang cakap sedap, Best.. Tapi, bila saya dengar, saya rasa biasa je. Mungkin sbb saya dah minat lagu Adam&VIP..

Tetapi bila berita lagu Panik di banned, saya dengar balik, betullah. sedap + best lagu ni. dan memberi semangat juga! haha. 


Kesimpulannya, saya hanya memberi pendapat.. Jangan marah k..cool je.

Kepada Bunkface> Jangan risau. Peminat anda sentiasa menyokong anda. Lagu di banned? Jangan sedih, banned kat RTM je, radio ERA.fm tak banned..haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...