Wednesday, December 7, 2011

Panik? Tak payah nak panik sangatlah...

Hmm... Dah lama tak menulis. Bukan apa memang busy.

        Kali ini saya tertarik dengan berita yang agak Sensasi dan Panas bertajuk lagu Panik nyanyian Bunkface di banned a.k.a diharamkan daripada disiarkan dalam radio dan stesen television di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM)..

Menurut sumber http://mynewshub.my/2011/12/01/rtm-haramkan-lagu-bunkface/  ,
lagu Panik ini telah diharamkan kerana satu perkataan di dalm lirik nya yang didakwa mengandungi unsur politik.





Memetik kata Vokalis kumpulan Bunkface Shamsul Annuar atau lebih dikenali sebagai Sam,

             “Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik. " 

          Simpati saya apabila mengetahui mengenai hal banned ni. Bukan apa, kalau alasan lagu ni di banned kerana ada membawa unsur lucah atau unsur x elok, saya boleh terima.

           Di sini ada satu persoalan yang berlegar di fikiran. Kenapa lagu2 lain yang memang sah2 membawa makna yang x elok, unsur lucah seperti kebanyakan lagu2 Inggeris baru2 ini tidak di banned? For example lagu Bruno Mars, JeLo etc. Bukankah tak elok untuk di dengar oleh kanak-kanak dan Remaja seperti kita?

Ok. Fine. Mungkin sebab lagu orang putih, kita tak nak banned. Lagu Melayu pun ada gak spt lagu.... tak nak lah disebutkan di sini. Rasanya kamu semua pun tahu banyak lagu yang x berapa nak elok. Ada juga lagu2 cinta Melayu yang terlalu Hiperbola.

        Apa pun pendapat saya, Lagu2 yang dicipta oleh kumpulan bunkface kebanyakan nya menggunakan Istilah2 BM yang WAu!  Apa orang kata? Agak gempak lah.. Revolusi.. Extravaganza... Panik... Reformasi? Opps.. Maaf, Di sini tak ada unsur politik. Harap maklum.

Bagi saya Lagu Dunia nyanyian Bunkface amat patriotik compare dengan lagu2 Melayu sekarang yang banyak berunsur cinta.

Gelisah tak bermaya
Manipulasi angkara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa

Patriot kan ? Siap pikir pasal generasi dia lagi...

Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku


Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau kan turut serta
Di dunia

Siap bimbangkan dunia skrg yang semakin teruk lagi... dahsyat. bukan semua orang nak bimbang pasal dunia. siapa lagi kalau bukan Bunkface? :)


Kuasa sementara
Komunikasi tiada makna (tiada makna)
Dan tindakbalas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa

Malah, lagu Extravaganza juga telah memberi saya semangat dengan izin Allah ..

Semangat baru,
Perjuangan yang satu,
dan matlamat hidupku,
hanya untukMu.

Semangat dengar lagu tu.

        Dan untuk pengetahuan semua, Masa mula-mula lagu Panik ni keluar, ramai yang cakap sedap, Best.. Tapi, bila saya dengar, saya rasa biasa je. Mungkin sbb saya dah minat lagu Adam&VIP..

Tetapi bila berita lagu Panik di banned, saya dengar balik, betullah. sedap + best lagu ni. dan memberi semangat juga! haha. 


Kesimpulannya, saya hanya memberi pendapat.. Jangan marah k..cool je.

Kepada Bunkface> Jangan risau. Peminat anda sentiasa menyokong anda. Lagu di banned? Jangan sedih, banned kat RTM je, radio ERA.fm tak banned..haha



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...