Sunday, February 12, 2012

Itu bukan masalahnya..

Sudah lama tak menulis.. Maaf kerana teramatlah busy.
Tapi menggunakan masa yang sedikit ini, ingin saya nyatakan pendapat berkaitan isu ini.

Kenapa apabila ada insan membuat teguran, mesti ada yang akan berkata.
      " Awak sekolah agama, dapat didikan agama yang bagus. Tak macam kami. Tak boleh lah nak expect kami macam awak."

Baiklah. Di sini, saya ingin meluahkan suara isi hati saya.

     Saya merupakan salah seorang insan yang Allah pilih untuk bersekolah di sekolah agama. Sejujurnya, saya tak pernah terfikir atau target untuk masuk sekolah Agama. Tapi Siapa kita untuk melawan takdir?

     Selepas UPSR, saya boleh dikatakan mendapat 3 peluang masuk ke sekolah Agama. 1 Sekolah agama kerajaan. 2 Sekolah agama SMA . dan 3. Sekolah biasa yang ada aliran agama.

     Oleh kerana mengikut kata ibu bapa, saya masuk ke SMKA. Sepanjang saya di situ, banyak yang saya pelajari tentang agama. Tetapi, banyak juga yang sekadar dibiarkan seprti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak semua diamalkan.

     Saya ditakdirkan untuk masuk ke Universiti yang ada title "Islam" juga iaitu UIA. Apabila saya sudah ke alam menara gading, baru lah saya terasa rindu dengan suasana dan ajaran di SMKA. 

     Di sini ingin ditekankan. Bukan semua budak sekolah agama dapat hayati Ilmu agama yang diajarkan. Ada juga pelajar sekolah "bukan sekolah agama" yang lebih Islamic a.k.a mengamalkan ajaran Islam.

Jadi, kesimpulannya. Hidayah Allah diberi pada sesiapa yang dikehendakinya.
Bagi yang ditegur, fikirkanlah, Allah masih sayangkan kamu kerana mengutus seseorang untuk menegur. Walaupun Kadangkala tegurannya berbaur cacian dan hinaan. Barangkali kita akan sedar dengan cara seperti itu.

   Jangan jadikan alasan pelajar sekolah agama baik, untunglah.. tak macam pelajar sekolah biasa.

    Jangan kamu jadikan alasan itu untuk membuat kami pelajar sekolah agama seperti berputus asa untuk memberi nasihat.

Takutlah kamu apabila tiada orang hendak menegur kamu
. Fahamilah apa maksud jika itu berlaku. Nauzubillah..

Tak ada maknanya.. Yang membezakan kita hanyalah Takwa.



     "Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)." Al-hujurat 13.

       Barangkali kita perlu sedar, dulu mungkin kita bukan pelajar sekolah agama. Tapi sekarang kita belajar di Universiti Islam Antarabangsa (ditujukan khas kepada pelajar UIA). Jadi, bukankah itu 1 Rahmat Allah untuk kita mempertingkatkan keimanan? Belajar ilmu agama. Berkongsi memberi nasihat.

      Kepada pemberi nasihat pula>  Saya harap kamu "benci perbuatan mereka" , bukan benci mereka. Macam mana nak cakap ye? Sebab, saya pun pernah alami, saya benci betul orang yang nakal di sek. Last2, saya pun buat juga.

 Kira, kita tetapkan " benci perbuatan tu kerana Allah", dan kalau lagi baik, doakan mereka berubah.. Sama2 kita cuba ye.amin..

       Jangan hina dan blame terus mereka sebab mungkin Allah akan uji kita pula.
Tapi, lagi baik, tegur depan2.Perli je bagi mereka sedar. Kira kita dah ada keberanian utk cegah guna lisan.

Biar rasa sakit hati di dunia, jangan di akhirat terasa pedih api neraka. Nauzubillahiminzalik.

Akhir kata. Ambil lah yang jernih. Buang yang keruh. Kita semua dah besar dah tau membezakan yang Hak dan yang Batil. Insyaallah kita sama2 berusaha mencari hidayah-Nya. Hidayah Allah perlu dicari.

      " Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberi kepada kamu  furqan (membezakan antara kebenaran dan kebatilan.” Al Anfal: 29


* baca selanjutnya: Soalan dijawab Soalan> http://nurlinblog.blogspot.com/2011/11/soalan-dijawab-soalan.html 


sumber ayat Quran, : http://genta-rasa.com/2011/01/03/pesan-taqwa/, http://qurannet.tripod.com/049hujurat.html

1 comment:

  1. that true.. ape yg penting,,jgn kutuk org bile dy bwat jahat..takot2,,nanti kte plak yg bwat jahat mcm dy blik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...