Monday, May 21, 2012

SUMPAH LAKNAT

      Pagi semalam saya baca akhbar Mingguan Malaysia.. Page depan ada cakap mengenai TIBAI dan menyuruhnya Sumpah Laknat.

      Baca punya baca, banyak pula yang mengarutnya. Mengata orang, menjatuhkan orang, malah mungkin Memfitnah.

Geram, terus meluahkan pd Seorang yang Berilmu,



" Kenapa la Anwar x Sumpah je yang dia Tak buat Apa yg mereka tuduh tu?? Dengan Sumpah, habis cerita, lega sedikit orang sekeliling. Bila dia tak sumpah, orang akan tertanya-tanya." 


" Mana boleh sumpah dalam kes tu."  jawapan diberi.

      Saya berfikir sejenak. Tiba-tiba Otak memproses dengan cepat segala yang telah dipelajari masa sem 3. Islamic LAW!

Betul lah!! mana Ada istilah "SUMPAH" dalam tuduhan Qazaf ,,

* yang ada Sumpah dalam Li'an. Boleh buat rujukan.

Firstly, let me define Qazaf.


Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.

Qazaf termasuk juga Tuduhan Liwat. 



DALIL QAZAF


Firman Allah S.W.T:


"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4)

Perlu diingat dalam ayat ini:

1. Apabila tuduh Orang yang suci, Bawa 4 orang saksi( lengkap ciri2 saksi).
2. Tak ada saksi, Hukuman > sebat 80 kali.
3. Harus diingat, video dan gambar tak termasuk bahan bukti kerana semua itu boleh diada-adakan oleh manusia.


Jadi, adakah kita yang sama2 menyebarkan tuduhan Zina, Liwat ini termasuk dalam golongan yang memfitnah? Menuduh? Fikir-fikirkanlah.

Mari saya ajarkan cara meng
ira hukuman bagi setiap orang yg menuduh tanpa 4 saksi dan syarat2nya, Jadi senanglah kita mencongak di mana tempat kita di akhirat nanti dan buku amalan diberi di tgn Kanan atau Kiri :

i.e

1 tuduhan (Dalam apa jua bentuk) = 80 sebatan 


                                 ? Tuduhan = ? Sebatan 


Jadi, dah boleh kira  jumlah hukuman yang kita akan dapat di akhirat nanti dalam bentuk seksaan yang pedih? ( secara tak langsung bercerita, mencemuh, menulis, etc)
     

Do not believe in everything u listen, see or read because u know that people always spreading lies..


Bila dapat tau sesuatu maklumat:

Rujuk pada yang AHLI dalam bidangnya.
    e.g  Kalau bab agama> rujuk Ustaz atau Ulama',
          kalau bab chemistry> rujuk Guru Kimia,    
          etc. 



Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik (wrong-doer) membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.[49:6]


Fasik ialah Orang yg tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau mengerjakan dosa-dosa kecil secara berterusan.



Jadi, Berita ni dibawa oleh siapa? Wajarkah kita mempercayainya? Fikirkan.



Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. [49:12]



Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’ [4:59],

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (pemimpin) dari kalangan kamu. 
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” 

Apakah salah satu ciri-ciri  pemimpin yang dimaksudkan dalam ayat Al-Quran di atas??

Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" 
                                                                                               Hadis riwayat Imam Ahmad

Mari kita baca dan hayati petikan cerita di bawah..
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:


Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi



Ingatlah, Jangan berkata sewenang-wenangnya. Memang kat dunia ni kita boleh menang. Yang hak dan benar dikatakan salah, yang salah dan maksiat dikatakan Betul. Fitnah berleluasa.


       Tetapi ingatlah, di akhirat kelak, Mulut Akan terkunci. Anggota lain yang akan berbicara. Kerana apa? Mulut selalu menipu.
Nauzubillahiminzalik.  
Jangan nanti kita dapat juga sahamnya di Akhirat kelak. Nauzubillah.
   
          Saya Menulis ini kerana dasar saling mengingati atas hak Surah Al-Asr.


" Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang BERIMAN, dan beramal soleh, Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran. 




* Saya Merujuk pada Bapa saya (Imam Masjid),  Ustaz dan Blog2 agama.. 


Baca juga Artikel berkait> FITNAH > http://nurlinblog.blogspot.com/2012/05/fitnah-terlampau.html



* kisah Sultan Muhammad Al-Fatih diambil dari blog http://rulza.blogspot.com/2012/02/sultan-muhammad-ii-al-fateh.html


FITNAH TERLAMPAU

    Semalam baca 1 blog ni. Slumber betul dia dan rakan2 me"Laknat" , dan meng "kafir" kan orang..


Jangan menuduh org  tak tentu pasal.. Jangan Ikut Nafsu.

" DOSA DAN AKIBAT FITNAH LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH ". 


Sedarlah, siapa Kamu nak menuduh orang lain sebagai LAKNATULLAH?? dan Kuffar??



Paling saya tak tahan, apabila keratan akhbar ni keluar:






Nabi SAW. bersabda:
 "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya,
ia kembali kepada orang yang dilaknat dan 

jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." 

[ HR Abu Daud]


     Siapa yang melaknat orang lain , kalau betul akan diterima oleh Allah, dan laknat akan jatuh pada orang yang dilaknat,
Kalau tak betul,
laknat akan jatuh pada orang yang melaknat.



Nauzubillahiminzalik.

Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."

Rasulullah SAW. bersabda:(artinya) " Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat." [ HR Muslim dan Abu Daud]




       Saya Tak mahu mengutuk Ulama' kerana Para Ulama' yg boleh memberi syafaat. Kita semua memerlukan syafaat di Akhirat nanti. Allah menyuruh kita mendatangi Ulama'. Adakah kamu dah mendatangi Ulama' ? Saya pun belum.


PEMBERI-PEMBERI SYAFAAT


 Dari Usman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “ Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, yaitu para NABI, kemudian ULAMA', kemudian SYUHADA' ” (H.R. Ibnu Majah).

8 Golongan yang boleh memberikan syafaat di hari Kiamat dengan izin Allah ialah :
1. Al-Quran (pemberi syafaat yang paling besar kerana ia adalah kalam Allah). Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” Dalam hadith yang lain pula “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt , bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya“.tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran
2. Para Malaikat

Surah An-Najm[26] (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak
 malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
3. Para Nabi,
4. Para Ulama,
5. Para Wali,
6. Sidiqin (orang-orang jujur),
7. Soliheen (orang-orang soleh),
8. Hafiz (Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi). 

Kaji kedudukan kita di padang Mahsyar kelak. Seksaan di padang Mahsyar berbeza-beza ikut amalan.




Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."  (Hadith Riwayat Ahmad).



     Sungguh kesal apabila orang Melayu sendiri sanggup biarkan Bangsa lain kutuk Orang Melayu terang-terangan ,, hanya kerana berbeza politik.


      Come on la, Kita Orang Melayu, Semangat Melayu kena kuat, kalau kita sendiri suka orang kutuk Melayu, Habis, Bangsa lain yang tengok? Ketawa, tau x?
? Tambah semangkuk lagi.



Dunia Dah Terbalik. Fitnah Berleluasa. 





Antara tanda kecil kiamat:




Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”  [Musnad Ahmad, 3/220]. 

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata: “Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah).






Terbaru 17hb Jun..
Gambar FITNAH EDIT.










Gambar Sebenar..




Sedarlah, Yang kamu Fitnah ni Ulama'.


Orang Islam takkan tak tahu hukum fitnah?



Ulama' pewaris Nabi !




* Ada wujud manusia macam ni kat muka bumi ni rupanya. Tanggung lah dosa semua orang yang percaya fitnah kamu ni. 


* Di akhirat takkan terlepas!



Yang baik daripada ALLAH, yang buruk daripada saya. Sekian. 




Peace no war. ISLAM FOREVER..!

*Rujukan hadith> Kitab Riyadhus Solihin, Ustaz, 
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/01/19/pemberi-syafaat-recommendation/



Friday, May 18, 2012

Kekejaman Berleluasa

     Sakitnya hati ini bila baca surat khabar, tengok facebook, Berita tentang kekejaman!

Kalau kat facebook sekarang, semua tukar dp coklat, sebagai menentang Kekejaman Israel. Sokong 'Hunger strike'.


      Tetapi, ISRAEL tu kita memang dah tahu. ISRAEL kejam. Dilaknat Allah.



Yang hairannya, Ini orang Malaysia. Orang Melayu kita. Orang Indonesia, jiran negara kita, Kejam melampau sekarang.

Baca surat khabar semenjak dua menjak ni.

>  Anak bakar rumah keluarga, sebab tak dapat duit.
>  Anak bunuh bapa
>  Anak seksa bapa, dan rakam videonya.
>  Anak buang mak bapa tepi jalan

*  Fitnah berleluasa
*  Jenayah berleluasa

Yang paling HOT, kisah Dera bayi. Bunuh kanak-kanak.

> Seperti Video ni,

http://youtu.be/YRq0w0uit9I




Apa masalah mereka ni? Tak ada sedikit rasa Belas kasihan ke ? Kalau benci dekat baby sekalipun, Tak ada secebis SIFAT KEMANUSIAAN ke? 



    Pendapat saya lah, ini semua berlaku kerana tiadanya hukum Allah dilaksanakan.

Ingatlah, bala akan turun dengan sebabnya kita tak jalankan hukum Allah, Hukum Allah itu WAJIB!

Allah berfirman:


“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami WAJIBKAN hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. -Annur :1



Inilah kesannya.. Kekejaman dilakukan terang-terangan. Manusia sedarlah. Sedarlah!


"...Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah) 

  Saya berdoa agar Malaysia menjalankan Hudud. Bukan sahaja Hudud, malah Qisas juga.

Saya sebagai pelajar Undang-Undang, memperjuangkan Undang-Undang Allah ini!

Bila hukum Allah dilaksanakan, Amanlah dunia.. ISLAM FOREVER!

peace no war. 


Bak kata Ustaz Azhar Idrus, SETIAP ORG yg mengaku Islam, WAJIB berazam dalam hatinya utk melihat undang-undang Allah terlaksana. Kalau tak ada niat itu berdosa.  
 


klik tiga link di bawah untuk pencerahan minda.

http://nurlinblog.blogspot.com/2013/08/isu-hudud-ramai-yang-salah-faham.html

Rujukan tambahan > http://drmaza.com/home/?p=1617

Ustaz Azhar beri jawapan > http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZmGi77cf7IU

Wednesday, May 16, 2012

MOGOK LAPAR

       Hari ini, setelah lebih kurang sehari lebih tak buka fb, saya dikejutkan oleh notifications dengan dp warna coklat.. Hairan dgn keadaan ini, saya segera mencari jawapan , apakah yang sedang berlaku sebenarnya?

Ni antara link2 yg membantu > https://www.facebook.com/media/set/?set=a.422581691093615.107174.174750862543367&type=1

Opps, yang kat atas ni, tak banyak info, cuma dp untuk fb je.. nak info? google je, dengan sekali klik, semua maklumat boleh anda cari.. Pastikan anda type carian yang betul dan tepat.

       Sekarang sebenarnya nak cerita,, ada juga kaitan dengan lapar, tapi bukan mogok lapar lah..


Macam ni, mulai dari saat ini, hari ini, saya akan kurangkan makan secara automatik.

                                    Sebab apa? Mahu diet kah?

Diet?

Ni sedikit maklumat tentang diet dari Wikepedia :

Diet, in relation to food, might mean:
  • Diet (nutrition), the sum of the food consumed by an organism or group
  • Dieting, the deliberate selection of food to control body weight or nutrient intake

       Bukan,, bukan sebab diet, Tak elok untuk kita diet di usia muda belia ni. Makan je, tapi jangan over. Makan selagi Halal. Ok?

Sebenarnya, hari ini, saya dapat gigi baru..

Jadi, kena jaga gigi baru baik2.. Lepas ni alamatnya kena makan bubur n oat + nestum jelah..

Tu je nak cerita... :)

Jadi jagalah gigi anda betul-betul. Gosok gigi anda setiap kali nak solat kalau boleh.

 Bukankah Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda:

  Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
 
    “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
    mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk".
                                                                                                       ( Riwayat Ahmad )

Last but not least, Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan Umat Islam di Palestin dan seluruh dunia. Moga Islam kembali di atas semula.amin..

Bersyukurlah di atas nikmat Aman, Iman dan Islam yang kita rasai dan perolehi sekarang. Alhamdulillah.. Remember Allah Always.. 24434!
Akhir kata, Selamat Hari Guru kepada semua guru Malaysia!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...