Sunday, July 21, 2013

CINTA SEBELUM KAHWIN. COUPLE. dan seumpamanya.




     Assalammualaikum. Lama sudah tidak ‘update’. Jadi, hari ini saya terpanggil untuk mengutarakan pendapat.

Sebenarnya sudah banyak kes macam ni berlaku di sekeliling kita. Kita je yang tak perasan.

Q : Kenapa couple itu haram?

Sesungguhnya Islam itu Indah. Setiap apa yang Allah LARANG, semua itu ada hikmah dan kebaikannya yang banyak untuk manusia. ALLAH MAHA MENGETAHUI.


Macam PENANGAN CINTA ni. Apa? tamparan cinta? Suka hati kamu lah nak sebut lagu mana. tamparan pun boleh..


Anda syok bercinta sebelum kahwin,, adakah anda pasti si dia yang akan menjadi suami/ isteri kamu?


hm, contoh, Kalau dah 10 tahun bercinta, berjanji sehidup semati bersama, tup tup, tiba2 mak bapa kamu kahwinkan kamu dengan calon pilihan mereka. Habih, guane tu?

Kiranya, kamu tak kahwin pun dengan orang yang kamu cintai selama ni.


oleh itu, tak perlu lah anda menghabiskan masa, duit, dan yang paling dahsyat mencatatkan banyak DOSA dalam buku amalan kamu kerana CINTA SEBELUM KAHWIN ni.


Baiklah, perasan tak kat atas tadi, saya ada sebut perkataan ‘kes’. Siapa yang cepat detect tu, Mesti kamu tertanya-tanya, kes apa ya Cik Amy?

Ha,, pernah dengar tak, kes Si Suami bermain cinta ketiga, mcm mana nak sebut ek? cinta 3 segi rasanya, dengan Cinta pertamanya?


Nak senang kita bagi contoh situasi. Si A ni dahulu masa sek menengah ada makwa/pakwa. Then, masa U, terus lost contact. Then, time kerja, kahwin.

Bila dah 2,3 tahun kahwin ( kadang tak sampai setahun pun kahwin, dah dtg Ujian melanda), tup2 terjumpa bekas makwa/pakwa kat FB, Twitter, Instagram, etc ( bukan guna teknologi je, kot tiba2 jalan kat bazar ramadhan, terjumpa ke kan). Then, teringat segala -->kenangan manis kau dan aku
takkan terhapus, duri ranjau dalam bercinta,lumrah dunia<--

Ni kira sandarkan pada kenangan lah tetiba kan.

Ha, lagi haru jadinya kalau bekas/ex- makwa/pakwa tu single lagi.. Mulalah Syaitan memainkan peranan mencucuk jarum maksiat.

Mulalah kes kekasih gelap. Kahwin Lari , etc.

Syaitan lagi senang nak berjaya bila, kebetulan perkahwinan ex anda tu dengan husband/wife nya tak berapa nak bahagia. <-- Alasan je selalunya, pasal dah jumpa ex.. Kalau betul pun, diri sendiri selalunya yang tak pandai nak jaga keluarga,tak bimbing keluarga hidup dalam suasana Islam.



     PERHATIAN! Ini bukan terhad kepada ‘suami’ sahaja ok, ‘isteri’ pun ada. Dah kahwin, tapi sibuk pergi dating dengan ex-pakwa/bf.

Harus tulis perhatian kat atas ni. Karang kalau tak sebut mengenai perempuan , habis kena bambu kat bawah , kata saya seksisme ( benci terhadap opposite gender)

>>>Ok, sekarang dah nampak kemudharatan Cinta sebelum kahwin / couple ni? Apa? Tak nampak?
(Adeh, takpa2 , saya faham, harini saya berbelit sedikit cakap. Saya pun pening nak faham J )


*** Macam ni, point yang saya nak sampaikan :

1. cinta sebelum kahwin / couple ni, menghabiskan masa, duit, dan yang paling dahsyat mencatatkan banyak DOSA dalam buku amalan kamu.

2. Ia mengakibatkan banyak kes penceraian . <--- sebab, dah kahwin dengan orang lain, tiba2 terjumpa ex-makwa/ex-pakwa.

3.  Couple ni bukan kepastian si dia yang akan menjadi suami/ isteri kamu. Jadi, membazir. Buat tambah dosa sahaja.



Jadi, solusi nya?

1. Kuatkan Iman

2. Jaga nafsu

3. Kalau dah mampu kahwin, kahwin. <-- Kahwin tu, niat kena betul. Niat kerana Allah. Ibadah. InsyaAllah selamat.

4. Kalau belum mampu, puasa J


Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya" 

(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)





Akhir kata, pesanan untuk bakal suami atau isteri di luar sana, ataupun yang dah kahwin yang membaca post saya ni,

1. Terimalah pasangan kamu seadanya. Sedarlah, nobody is perfect. Kepada Lelaki, bimbinglah keluargamu di jalan kebenaran. Kepada isteri, taatlah suami selagi tidak menyimpang daripada Islam.




Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (At-Tahrim 66:6)


2. Jangan jadikan alasan macam2 untuk menghalalkan perkara yang haram ok? Tak puas hati, bincang elok2, jangan buat perang dunia ketiga.

3. Ada masalah? Selesaikan baik2.

4. Hati2 dengan jerat syaitan.

" Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. "(An-nisa’ : 128)


Hmm, mesti ada yang kata, hang tulis isu ni pasal poligami kah?
Poligami?  Hmm. Saya rasa ramai dah arif isu ni. Bacalah, fahamilah.

“Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja.” [QS. An-Nisa’: 3].

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( An-Nisa’ : 129)


Bab poligami ni, kepada sesiapa yang nak amalkan, kajilah betul2 . Tanya pada yang ahli dalam bidang agama. Pastikan ayat di atas ni anda dah faham dan mampu untuk lakukan.


 lastly, pesanan untuk kaum wanita di luar sana, 
> jangan duk sengaja kacau husband orang.

memang ada spesies macam ni. serius, penah ada orang buat pengakuan dengan saya. kata oarng itu:
' aku lagi suka dengan suami orang tau'

 nauzubillah. Dosa niat nak pecah belahkan keharmonian sesuatu keluarga.

Ada pulak tu yang dia dah tahu, lelaki tu husband orang, lagi dia mahu kacau daun. siap berkanda-dinda pulak dengan husband orang. 

itu belum masuk kes adik-beradik n mak mertua nak pisahkan anak & menantu.

  astaghfirullah..Bahagia kah dapat runtuhkan rumah tangga orang lain? bahagia?

takpa beb, don't worry, Mahkamah Allah ada.  Kalau hang tak kena balasan kat dunia, akhirat sana ada. lagi baik punya balasan setimpal.

nauzubillah.


wallahua'lam.


Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa.


Ni ada link tambahan, kepada sesiapa yang nak kahwin semasa belajar > http://nurlinblog.blogspot.com/2013/01/kahwin-awal_21.html

Monday, July 1, 2013

KAHWIN AWAL 2

Ok… Hari ini nak sambung Kahwin Awal part 1 aritu. Sedikit je nak tambah.


KAHWIN AWAL..
( kedua-dua mempelai sedang belajar )

Ramai duk post pasal bestnya kahwin semasa belajar..

Baiklah, saya pulak nak post pasal nikmat membujang time belajar ni..

1. Boleh duduk bawah ketiak mak lagi..
2. Boleh menghabiskan masa bersama-sama dengan adik-beradik yang masih belum kahwin
3. Boleh tambah pengalaman hidup, journey around the world (tanpa terikat dgn tanggungjwb as husband n wife)

Hmm, actually, memang tak salah hampa nak kahwin awal..

Provided!!

* Pas kahwin, hang JANGAN…

1. Complain hidup tak sesenang pasangan yang lain / tak sesenang semasa bersama keluarga



2. pastu jangan suruh mak bpk hang, ke adik beradik hang ke, etc jaga anak hang. (Jaga sendiri lah, atau p hantar nursery)


Sebab… ini lah rata2 masalah kahwin time belajar.

Hidup tak senang, >> gaduh >> divorce!

Betol.. hampa jangan tak caya. Ini hakikat & reality.


* Hang nak kahwin awal, dah cukup bersedia utk pikul tanggungjawab?



Untuk lelaki, boleh sediakan tmpt tinggal, makan, minum, pakaian, etc ?
utk perempuan, <-- pandai2 lah kamu , tanggungjawab perempuan apa..



** Ingat, Tanggungjawab sebagai suami dan isteri adalah suatu AMANAH. akan dipersoalkan di akhirat nanti.


ok? Kalau hampa dah decide nak kahwin masa belajar, jgn nanti duk complain hidup susah & memberi sumbangan utk peningkatan kadar perceraian di Malaysia. Nauzubillah..


Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya"

(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)


* Post ini adalah umum. Jgn sesiapa terasa hati pula. Karang tiba2 mai hentam saya kat luar. 


Jangan ya!

Maaf..


Peace no war ya !


klik link untuk bacaan PART 1 yang panjang lebar >>http://nurlinblog.blogspot.com/2013/01/kahwin-awal_21.html



oh ye, btw, kat post kahwin awal part 1 saya tu, ada yang tanya saya mengenai nikah khitbah / nikah gantung.







Haha, bagi yang baru first time dengar, jangan duk terkejut sangat...


N kepada yang bertanya, maaf lambat sangat jawab,  boleh tengok link ni k?



> AMARAN !! Tutup mata kalau keluar 'advertisement aka Ad' yang bukan2 tu. Tak tutup aurat. Buat tambah dosa je.



Ok, here you go..


http://www.youtube.com/watch?v=hEBTNE66-u4






Moga terjawab persoalan. Download sekali senang, macam saya buat. Best boleh tengok banyak kali.



Banyak input video ni. input paling best yang part ukur baju di badan sendiri, kita mampu atau tak untuk kahwin? mampu sara keluarga? n lain2 lagi?


Kepada yang nak kahwin time belajar ni, kena ada 3 Kunci :

1. Kunci kenderaan
2. Kunci rumah
3. Kunci pejabat



apepun,Jangan duk buat benda haram dalam islam, couple semua tu.



Rasulullah SAW telah pun bersabda,

" Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya"


(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)



Ingat Allah selalu.



p/s > hantaran tu jangan mahal sangat sampai menyusahkan urusan kahwin. itu mencetuskan banyak perbuatan haram zina, buang anak, etc.


Apa yang penting urusan hidup selepas kahwin, jangankan sebab hantaran mahal sangat, lepas kahwin, duit dah takdak. Susah hidup. Perang lagi.

Dalam Islam, istilah Mahar. Mas Kahwin. 


Bukan hantaran. yang over sangat tu. Berpada-pada  k? 



InsyaAllah.. sama2 kita.



Hm. Ok lah. Sekian.



Tambahan mengenai cinta> http://nurlinblog.blogspot.com/2013/07/cinta-sebelum-kahwin-couple-dan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...