AYER
KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara
yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya
meminta hukuman sebatan ditambah.
Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.
Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.
Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.
“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.
“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.
Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.
“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.
Hmm, sedih baca berita ni, Tak boleh buat rayuan dekat Mahkamah Tinggi ke?
Kalau nak kata pula, pesalah ini bersalah kerana tidak meminta
kepada pusat zakat,,
Berdasarkan pengalaman sahabat2, biasanya pusat zakat
memperlekehkan mereka yang datang memohon zakat.
MAna pergi duit zakat berjuta?
Belanja hari raya beratus ribu, beli bus utk apa lagi. Apa
function bus itu? Bangunan zakat besar2,.
Bila minta zakat, utk pendidikan pun, meminta mcm peminta
sedekah. Padahal dah ada peruntukan utk pendidikan semua tu (Zakat Pendidikan)
Pernah berlaku saya membawa sahabat mualaf meminta zakat,
mereka mengatakan mualaf itu masuk Islam kerana nak kan duit zakat yg tak
seberapa itu.
Lihat paderi dan pendakyah Kristian, dia mencari org2 yang
miskin, utk diberi wang. Maka, ramai yg murtad kerana termakan bantuan mereka, termakan
budi dgn kebaikan mereka.
Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)
Golongan
mualaf ini seperti yang disebut oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya
Fiqh al-Zakat boleh dibahagikan secara umumnya kepada kategori berikut:
1) Golongan
yang diharapkan keislamannya atau keislaman keluarga serta kaumnya. Ini seperti yang berlaku kepada Safwan
bin Umayyah yang
pada masa pembukaan Kota Mekah diberikan keamanan oleh Rasulullah SAW dan
diberi masa untuk memikirkan tentang dirinya (sama ada mahu memeluk atau
sebaliknya).
Kemudian beliau kembali bertemu Nabi dan turut berperang bersama
kaum Muslimin dalam peperangan Hunain, yang ketika itu beliau masih belum lagi
memeluk Islam.
Kemudian Rasulullah SAW memberinya sejumlah unta yang banyak
dari sebuah lembah (wadi), sambil menyatakan ini adalah pemberian orang yang
tidak takut akan kefakiran. Dengan pemberian itu Safwan bin Umayyah memeluk
Islam.
2) Golongan orang yang ditakuti akan kejahatan mereka. Mereka ini dimasukkan ke dalam kelompok
penerima zakat, dengan harapan dapat mencegah kejahatannya.
Dalam riwayat Ibnu Abbas dikatakan, bahawa ada suatu kaum datang
kepada Nabi SAW yang apabila mereka diberi bahagian dari zakat, mereka memuji
Islam dengan menyatakan: “Inilah agama yang baik!” Akan tetapi apabila mereka
tidak diberi, mereka mencelanya.
3) Golongan orang yang baru memeluk Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar
bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam.
Ini kerana setiap orang yang baru memeluk Islam sesungguhnya
telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang menjadi miliknya
dari kedua orang tua dan keluarganya.
Dimusuhi keluarga dan diputuskan rezekinya.
Tidak dapat
diragukan lagi, bahawa orang yang merelakan dirinya dan meninggalkan dunianya
semata-mata kerana Allah sangat perlu diberi perlindungan dan pertolongan.
Utk pengetahuan semua, skrg kakitangan kerajaan diwajibkan
membayar zakat hampir beribu setahun, setiap seorang penjawat awam. Cuba bayangkan
betapa banyak duit zakat itu. Itu belum campur businessman yang membayar
berjuta-juta setahun.
Orang yg kerja di Pusat Zakat bukan dia tunggu orang dtg
mintak, atau meminta senarai drpd ketua kampung (kemungkinan x valid apabila org yang sebenarnya layak x dapat tapi yang x layak, dapat)
Sepatutnya mereka sendiri yg pergi turun padang mencari
golongan miskin dan semua asnaf seperti yang dilakukan oleh paderi kristian.
Pesalah ini mencuri utk menanggung anak2, sekarang dia
dijatuhkan hukuman penjara lebih kurang 8tahun.
Persoalannya, siapa yang akan menanggung keluarganya semasa dia
di penjara?
Sedangkan dia seorang yg bertanggungjawab. Boleh x kita bayangkan
gangguan emosinya selama 8 tahun itu?
> Setakat trauma, senjata pun senjata mainan. Bila dah sedar
itu hanya senjata mainan, sepatutnya dah trauma lagi dah.
Tapi gangguan emosi selama 8 tahun ini adalah begitu
dahsyat, apatah lagi apabila mendapat sebatan. 1 sebatan itu, boleh tercabut
daging. Kalau 2 sebatan di tempat yg sama, memang tersiat.
* Ayuh, pegawai zakat, Bantulah kaum muallaf yang meminta
dan mengadu di dalam blog ini> http://hidayahcentre.wordpress.com/2009/12/16/hak-zakat-golongan-mualaf/
Pastikan mereka dapat.
Jalankanlah tanggungjawab anda, sebelum disoal di hadapan
Allah nanti.
Jangan sampai perkara yang sama berlaku kepada muallaf seperti
case encik Zainuddin Mohamed, mencuri kerana desakan hidup.
Nauzubillahiminzalik.
>Den berharap sangat sesiapa boleh bagitahu terus kepada pegawai2 zakat perkara ni semua.
Wallahua’lam.