Sunday, June 24, 2012

Luahan Hati

Salam, post ni sebab aritu ada orang ngata kawan2 course saya. Jadi, saya rasa terpanggil untuk beri pendapat.


BACA SAMPAI HABIS.


     Ni yang malas, kita layan baik, disalah tafsir. 
   
     Kita layan nak tak nak, serious, dia kata kita garang.


Aduhai, senang cerita, b4 you jump into conclusion, tanya macam ni.


> Awak layan saya baik ni, awak Suka saya? 

> Muka serious je ni, tak suka saya ea?

Dah dapat jawapan, baru puas hati kan?

Lepastu, kat fb, ramai friends opposite gender,

> Ha, budak ni confirm gedik.



Habistu, dah orang request, Karang x accept, kata sombong pula??


Manusia,manusia..


Suka sangat "mengata belakang" and "judge orang". Buat status, twit sini, twit sana. Adeh,

** Qul Al-hak walau kana murron. Face to face. Kan lebih baik. Tak buat dosa mengumpat. Orang berkenaan pun sedar kesalahan.

Bagi saya, yang suka cari masalah tak tentu pasal dengan orang lain, belum mature sepenuhnya.


     Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.

     Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 

-Surah Al-Hujurat, 11-12

Benarlah kata-kata Allah itu.

* Kan bagus kalau post2 yang bermanfaat je. Ni tak, post ilmu yang panjang2, tak layan. Malas nak baca.
Post hot2 je layan. Post ngata orang. Ngutuk orang.

Last but not least.

* Kepada yang ditegur, sama-sama kita berubah. Insyaallah, Allah masih sayangkan kita, tu sebab ada orang tegur.

Jangan duk marah2 n blame sana blame sini.

*Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada saya.
**Pesanan untuk diri saya juga.

Sama-sama kita berubah. WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH.




Kebiasaannya manusia lupa akan kebaikan seseorang apabila orang itu membuat 1 kesalahan yang agak besar.
Manusia menghukum dan melupakan berpuluh-puluh kebaikan yang dibuatnya hanya kerana 1 kesalahan. 



    Lastly, please don't judge me by my fb, blog , clothes, acts, course, friends,etc .. Don't judge me until u really know who am I. Live with me.


Saya juga seorang yang serious terhadap serious matter. Kalau nak melawak, ada perkara dan tempatnya.

 


*** Dan seandainya saya ada buat silap, JANGAN salahkan Ibu Bapa saya, kerana Abah saya seorang Imam dan Ustaz telah memberi saya Ilmu agama. Mama saya, telah mengajar saya erti kehidupan. Mendidik saya perkara yang betul.



  Jangan salahkan mereka. Saya sendiri yang patut di blame. Saya yang salah. Dan tolong tegur saya. 


Sekian, syukran & wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...