Monday, July 16, 2012

Kasih Sayang Sesama Muslim

Assalamualaikum w.b.t kepada semua..


Sudah lama tak update blog, sampai ada yang bertanya.


    Pertama dan selamanya, mari kita merafa'kan mari kita merafa'kan kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya memberikan kita masa dan ruang untuk berkongsi ilmu..


     Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W kerana di atas usaha baginda, dapat kita bersama-sama merasakan dan hidup dalam ruh Iman & Islam yang kita kecapi hari ini. Alhamdulillah..




Sebelum memulakan bicara, saya ingin memohon maaf kerana tak berkesempatan untuk update blog. Sem ini, saya agak busy dengan core subject yang memerlukan pengorbanan masa yang banyak dan event2 club.


      Baiklah, Merujuk kepada tajuk di atas, baru-baru ini, saya meminjam buku bertajuk 40 Hadith Akhlak Mulia susunan Ahmad Fahmi Zamzam ( Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki ). Bagus sungguh buku ini.


Daripada Nu'man Bin Basyir radhiyallahu 'anhuma berkata:
 Telah bersabda Rasulullah S.A.W : 


“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti satu tubuh. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit, maka seluruh anggota badan akan turut serta berjaga malam dan merasakan demam”. ( Bukhari & Muslim)



Beginilah seharusnya perpaduan dalam kalangan Muslim tanpa mengira bangsa, warna kulit. Asalkan sesama Islam, hendaklah kita bersatu padu, tolong-menolong dan saling membantu.




     Ambil contoh mudah, Sedang kita berjalan-jalan di kaki lima, pasar malam, kita terserempak dengan orang yang meminta belas ihsan agar disumbangkan sedikit wang kepada mereka. Melihatkan keadaan mereka yang uzur, tanpa kaki, tangan, malah matanya juga tidak dapat melihat. Apalah salahnya kita kongsi sedikit daripada rezeki yang Allah beri, walaupun RM1..

Mungkin ada yang berkata :



' Jangan layan mereka ni. Semua sindiket.. '

Mana kita tahu, mereka adalah sindiket penipuan?
Bagaimana pula seandainya mereka benar2 ingin meminta belas ihsan kita? Kerana ketidakmampuan mereka?

Kita niatkanlah, kalau mereka salah satu daripada sindiket penipuan, moga mereka mendapat Hidayah-Nya dan berubah..

Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...