Saturday, June 3, 2017

ANTARA BAZAR RAMADHAN & HATI2 DALAM MEMBELI MAKANAN

Assalammualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sudah tidak menulis blog...ni bukan setakat berhabuk, tapi dah berkarat..Selamat tak kena hack dek kerana lama sangat dah tak jengah blog ni. Maaf sangat2 kepada pembaca setia dan pencari ilmu. Tuan punya blog ni terlalu disibukkan dengan hal2 dunia. Semoga kita semua terus berada dalam jalan yang diredhai Allah.Allahumma aamiin..

Baik, bersempena Ramadhan yang mulia ini, mari kita semak semula mengenai bab makan.. Pagi ni saya terbaca perkongsian sahabat di facebook berkenaan sikap peniaga BAZAR.



Katanya kebanyakan peniaga tidak puasa (hasil pemerhatian di bazar tempat dia berniaga). Relex merokok di tandas.. Air gantung2 di dinding tandas tu. Meriah sakan mereka melanggar perintah Allah di tandas..


Maka, timbul isu, berhati2 lah dalam membeli makanan dari tgn org yang tidak taat pada Allah.
Dipertelagahkan pula di situ bahawa tidak sepatutnya timbul isu itu sebab membeli makanan dari orang kafir juga boleh hukumnya.
Khair, Betul.. Jika dirujuk, memang tiada masalah nak beli makanan dari sesiapapun hatta org bukan Islam, asalkan ia nya halal (sembelihan halal, sumber dan cara penyediaannya juga halal).

Namun, utk tidak membeli dari mknn yg dibuat oleh org yg tak taat Allah apatah lagi kafir, lebih kpd sifat wara'.

"Wara’ bererti meninggalkan hal-hal yang dapat membahayakan nasib kita di akhirat, termasuk di dalamnya adalah meninggalkan hal-hal yang haram dan syubhat karena perkara syubhat itu terkadang merupakan hal membahayakan nasib seseorang di akhirat."

Jika seseorang itu tidak taat pada Allah, kita boleh berhati2 sebab mungkin mereka juga tidak berhati2 dalam memilih makanan yg betul2 halal dan tidak menjaga kesuciaan makanan itu.

Ambil contoh perniaga di bazar dan pasar malam, berapa ramai yg kita tengok buat murtabak guna telur daripada bekas papan telur tu sendiri? (kita boleh assume tak basuh telur)

Sedangkan bila ada taik hukumnya najis..

Begitu juga makanan yang disediakan oleh orang kafir, bimbang mereka terlepas pandang menyediakan makanan kita dalam kuali yang juga digunakan untuk masak makanan yg haram (seperti khinzir).

"Sesungguhnya yang halal itu jelas & yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada yang syubhat, manusia tidak banyak mengetahui. Siapa yang menjaga dari syubhat, maka selamatlah agama & kehormatannya. Dan siapa yang jatuh pada syubhat, maka jatuh pada yang haram" (HR Bukhari & Muslim)

Teringat kata2 ustazah Hashimah dalam kuliahnya di Al-Bayan..

"kita ni kadang bab beli makanan halal nombor 1 'Pastikan ada cop halal JAKIM! kalau tiada, tak boleh beli!' Tapi relex je makan kedai mana2, tak terfkir kah bahan makanan yg peniaga tu beli, memang confirm halalkah?"

Allah.. Sentap. Tiba2 saya teringat pernah makan di 1 kedai suatu masa dahulu. Tengah sedap2 makan, tiba2 berhentilah van (bukan Islam) bawa ayam.

Taubat.. Terus tak makan dah kedai tu..

Allah.. Teringat juga kata2 mama bila anak dia ni nakal sgt "Perangai teruk sgt tu sebab pernah makan makanan yg haram, jadi tu sebab neraka tu memanggil2"

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu anhu bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ

Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, sesungguhnya tidak akan masuk surga daging yang tumbuh dari makanan haram. [HR. Ibn Hibban dalam Shahîhnya]

Nauzubillahiminzalik. :(

Pentingnya memastikan makanan kita ialah makanan Halalan Thayyiban..

(Thayyiban maksudnya tidak al-khabîts, yakni tidak kotor atau najis, seperti bangkai, daging babi atau anjing, minuman keras dan yang sejenisnya).

Teringat kisah yang juga diceritakan oleh Dr Norhissam baru2 ni mengenai Saidina Abu Bakar as-Shiddiq Radhiyallahu anhu.

Suatu ketika hamba sahayanya membawa sesuatu makanan dan Abu Bakar as-Shiddiq Radhiyallahu anhu memakannya. Lalu hamba sahaya itu berkata, “Wahai tuanku, tahukah Anda dari mana makanan ini?” Abu Bakar Radhiyallahu anhu menjawab, ‘Dari mana engkau dapat makanan ini?’ Budak itu menjawab, “Dahulu saya pernah berlagak seperti orang pintar (dukun), padahal saya tidak pandai ilmu perdukunan. Saya hanya menipunya. Lalu (di kemudian hari) dia menjumpaiku dan memberikan upah kepadaku. Makanan yang tadi Anda makan adalah bagian pemberian tersebut.” Mendengar hal itu Abu Bakar Radhiyallahu anhu langsung memasukkan jari-jarinya ke mulutnya sampai ia memuntahkan semua makanan yang baru beliau makan.

Dr Norhissam dalam kuliahnya kata yang sebenarnya kita dah byk mkn biawak goreng, belalang, etc yang dah dimasukkan dan dipecahkan zarah2 nya dalam makanan kita. Allah..

Makanan mempengaruhi sikap. Pentingnya menjaga makanan yang masuk dalam perut kita.

Wallahua'lam.

Dari hamba yang faqir dan masih belajar,
Amalina aka Nur Emily

Boleh juga baca fatwa > http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1481-al-kafi-564-hukum-memakan-makanan-yang-dimasak-oleh-non-muslim-bukan-ahli-kitab


Dr Norhissam tu Pengasas IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia), baru ni pergi kuliah beliau "Ramadhan Pesta Makanan. Jom Ubah kepada Madrasah Kehidupan"
sumber maksud wara', thaiyiban, kisah Saidina Abu Bakar r.a, hadis (sumber muslim.or.id, almanhaj.or.id web,etc)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...