Sunday, March 30, 2014

Special dedication #MH370 #OpIsraelBirthday #IM529

Assalammualaikum w.b.t... 

   SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, LailahaillAllah.. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.. 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Muhammad Rasulullah.. Allahumma Solli a'la Muhammad, wa'ala ali Muhammad.


         Punya lah lama x update blog ni.. Berhabuk dah... Maaf ya.. 

Apa khabar semua? Semoga sihat2 belaka.. 


Iman pula apa khabar??

Krik...Krik...


  >Takpa, usaha untuk jadi hamba Allah yang lebih baik.. Sama2 kita.. Saya pun tgh merangkak ni. Syurga, mu tunggu aku datang! 


        Ok, Hmm, kali ni, saya akan bagi banyak link. Pastikan anda klik semua link k? Petition pulak , 2 petitions untuk anda sign. 

' Whattt? 2 Petitions?? Malas lah...'


Eh... Relex.. Tak susah pun.. Tulis nama je. Pastu tekan send. Simple kan? Tak sampai 1 minit pun. Seyus.. :) Berkorban lah sket, bukan kena g jihad di 
medan perang pun.. :) K?



#MH370
.. 



(al kisahnya, tiba2 timbul tulisan dlm gmbr kat tv2-sekejap sgt- kata mereka yg nmpk kejadian)





Firman Allah :

"Sesungguhnya ajal (ketentuan waktu mati dari) Allah itu, jika telah tiba, tidak dapat ditangguhkan lagi, jika kamu semua mengetahuinya."



"Dan Allah tidak akan mengakhirkan(kematian) suatu jiwa jika telah tiba ajalnya."
(Al-Munafiqun: 11)


"Maka jika telah tiba ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkan sesaatpun dan tidak pula dapat memajukannya"
(Al-A'raf: 34)


"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya."
(Ali 'Imran: 145)





*** Toksah duk baloh (gaduh) lah pasal MH370.. Andai ajal itu belum sampai, pasti mereka masih bernafas.. 




Ni pulak, gambar yg saya dpt,,






Terharu sgt.. Non-Muslim ni pertahankan Malaysia.. Ya Allah, berikan mereka Hidayah Islam..amin




          Bila akal tidak digunakan.. Diri tidak boleh lagi menjadi Realistik. Hang ingat Malaysia ni tak ada kerja lain ke? Nak musnahkan kapal terbang sendiri? Nak bunuh orang? Macam yang US buat? 


Sudah2 lah US, nak jadi hero pulak. Tabur fitnah bagai? Yahudi dan Nasrani memang tak akan pernah puas hati dgn Muslim. Allah dah berfirman dalam Al-Quran.



>A
 US-based law firm said it expects to represent families of more than half of the passengers on board the missing Malaysian Airlines flight in a lawsuit against the carriers and Boeing Co , alleging the plane had crashed due to mechanical failure.<


Jadi, apa peranan kita? Be realistik. Bersatu hati. Kita bersatu kita kuat. Jangan pernah termakan fitnah ini semua!


Dan, saya bahagia lihat rakyat Malaysia, bersatu hati buat solat hajat semua. Alhamdulillah. Islam menyatukan kita semua.. :) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!






>Kepada rakyat Malaysia yg sama duk menyalahkan kerajaan, berubahlah... 


Nak bangkang, bangkang jugak, tapi xde lah semua benda pun nak blame kerajaan. Hang tak suka org fitnah hang, tapi hang duk fitnah org. Jadinya. Hang pun dua kali lima je.. Buat fitnah tapi tak ngaku. Baling batu, sembunyi tangan..


***Hargailah, pertahankanlah keamanan negara..
tanpa keamanan, tak mungkin kita semua dpt pergi menuntut ilmu dgn tenang, merasai keamanan dlm mengamalkan Islam di bumi tercinta ini..



Well you only need the light when it's burning low.

Only miss the sun when it starts to snow..





Keamanan itu satu nikmat.

Akan dihargai bila tibanya perang.


Nauzubillahiminzalik..


Malaysia oh tanah airku! Akan ku pertahankannya!


"Saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya faham apa dirasakan keluarga mangsa kerana rakyat kami juga ramai dlm pesawat, bukan keluarga mereka sahaja, rakyat negara luar pun ramai, tapi saya dapat lihat bagaimana keluarga lain seperti Australia yang begitu tabah kerana mereka sedar ini masalah global yang tak dijangka atau diminta, ketahuilah Malaysia berusaha buat yang terbaik"... DS Hishamuddin,press conference,chinese issue.


   


Kalau bukan kita nak pertahankan Malaysia, siapa lagi? Jgn anggap usaha boikot CNN,etc tu remeh..







Andai ajal itu belum sampai, pasti mereka yang dalam MH370 tu masih hidup... Namun, kalau dah memang itu takdirnya, siapa kita untuk menolak.. 




Tutup citer psl negara, masuk bab sedara Muslim kita.. Ha, ni baik punya, jom tengok..


#OpIsraelBirthday 
7/4/2014 . Anonymous datang lagi.. 





kalau boleh besar lagi, nak bagi gambar ni besar lagi! heh :)



Anonymous Video > https://www.facebook.com/photo.php?v=849418065073400


Yang pandai Arab, digalakkan tgk ni. Ini Serius Stylo... 


http://www.youtube.com/watch?v=O2tZ8RL9Edg

[sebenarnya tak tahu Arabic pun boleh tgk, sbb ada subtitle.. ]


>> Do Like their page:
https://www.facebook.com/Anon.official.arabe


Like & Share this video to show your support to Anonymous & Palestine


Paling senang nak buat, tanpa perlu keluarkan peluh dan modal : Boikot produk Israel >http://nurlinblog.blogspot.com/2012/11/boikot-produk-israel-free-palestine.html





 eh.. baru perasan CNN pun ada dlm ni? huu..






Boikot McD, Starbucks, Nestle, Coca Cola semua tu.. (btw, cer google citer psl McD, Coca Cola yang akan membuatkan anda rasa,, eww! geli...)



Tak meninggal pun kalau tak makan.. Hidup boleh diteruskan.. Seyus.. Orang lain yang meninggal sebab kita makan n beli. Tahu?!


Saya boleh boikot. Mengapa anda masih berdalih??




#IM529 




(IM= Ikhwanul Muslimin , 529= 529 yang dihukum mati)- 
google lah kalau nak tahu lebih lanjut.. 




ni sedikit info saya boleh bagi,,


BAD and SAD news : #Egypt court sentences 529 Morsi supporters to death. (Ikhwanul muslimin)

May they get syahid if that is the case.. Muslim were being oppressed around the world. We were not able to do anything. Divide and rule, disunity, make the muslim weak. -emily

Rasulullah s.a.w bersabda :"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu."Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?"Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati".(Hadis Riwayat Abu Daud)

Berhubung dengan hadith ini, as-Syeikh Said Hawa dalam al-Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan Al-Muslimin berkata, " Sejak runtuhnya kerajaan Uthmaniyah di Turki, umat Islam menjadi seperti yang disebutkan oleh hadith ini. Inilah penyakit yang menyerang umat Islam pada hari ini. Umat kehilangan kekuatan sehingga menjadi ringan dan terus hanyut di bawa arus. Bagaimanakah cara bagi menghentikan keadaan ini? Kita sebenarnya bertanggungjawab menerapkan nilai kebenaran pada umat dan seterusnya memproses umat ini sehingga mereka mempunyai nilai-nilai Islam yang kukuh, yang memampukan mereka melahirkan arus mereka sendiri." faktor-faktornya seperti berikut:

1. Kurang didikan agama dikalangan golongan masyarakat

Hari ini, jika kita perhatikan masyarakat kita dihanyutkan atau dimomokkan secara berlebihan dengan hiburan dan kemewahan dunia. Islam tidak menghalang atau melarang umatnya daripada mencari kesenangan dan kemewahan dunia, tetapi ianya haruslah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, " Carilah oleh mu kehidupan akhirat, tetapi jangan kau lupa bahagian mu di dunia " Bahkan Allah S.W.T. di dalam Al-Quran sendiri secara jelas memerintahkan kita agar sentiasa mencari kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Jika kita lihat pada hari ini, mereka yang terlibat dalam gejala sosial, hingga melibatkan perkara aqidah adalah di kalangan membesar jauh dari Al-Quran.

Mereka ini kebanyakannya tidak pernah membaca apatah lagi mengetahui makna Al-Quran itu sendiri. Saya amat yakin dan percaya, sekirannya pembudayaan kepada pembaca Al-Quran seterusnya penerusan melalui kaedah pemahamannya yang berterusan, masalah dan gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari in mampu untuk di atasi.

2. Kurang rasa penghormatan kepada golongan Ulama’dan Ilmuwan Islam

Para ulama’ dan ilmuwan Islam adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk menjunjung Al-Quran dan As-sunnuh sebagai panduan dan pedoman umat. Mereka sentiasa berikhtiar untuk menjaga kemashalatan dan kebajikan masyarakat, Justeru, mereka sentiasa memberian pandangan dan pendapat terhadap sesuatu isu dan permasalahn yang dihadapi oleh negara dari kaca mata dan perspektif agama.

Malanglah, golongan ini sering kali ditohmahan yang tidak enak seperti golongan ulama’ yang jumud dan tidak terdedah pada arus kemodenan. Harus diingat bahawa golongan ini tadak sama sekali anti kepada pembangunan, tetapi pembangunan itu hendaklah seiring dengan pembangunan rohani dan spiritual yang selaras dengan ajaran Islam. Nah, beginilah jadinya sekiranya pandangan dan nasihat yang sering di keluarkan oleh golongan ini dianggap remeh dan tidak seiring dengan edaran masa.

*syarah hadith, Posted by blog Syarah Al-Hadith.*




** Jom sign petition ni > http://egyptsolidarityinitiative.org/2014/03/25/take-action-on-egypt-death-sentences/


* utk bantah penghakiman mereka. Sign jgn x sign..  Solidarity for #IM529





COMANGO







**They talked about human rights in COMANGO, but when it comes to this issue (IM sentenced to death) will they do something? Muslim were being killed in Myanmar,palestine, do they say a single word?


>N can u stil call yourself a good muslim when u don‘t even bother to sign this petition??? ~ regards, nurlin




 sentap baq hang..! ok2, Saya sign sekarang! Demi mempertahankan maruah Islam dan kaum muslimin!! Mana link?? - Cemtuha yang kita nak.. semangat membara





*Jom luangkan x sampai berapa minit masa anda..
Saya Dah lama sign.. Anda bila lagi? Kejap je sign ni. Serius..


http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html




Akhir sekali...


[MARI DOA BERSAMA] Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil a’lamin, Allahumma solli a’la Muhammad waa’la ali Muhammad.ya Allah ya Rahman, Peliharalah keamanan Malaysia. Tegakkan Islam di bumi tercinta ini.. Semoga kehilangan MH370 ini memberi sinar baru kepada agamaMu..Ya Rahim,Satukan hati2 kami. Jgn kami berpecah belah oleh kerana fitnah yg dilemparkan. Jgn kami berperang sesama sendiri kerana jarum yg dicucuk oleh musuh.. Peliharalah bumi bertuah ini ya Allah dari segala bala dan malapetaka. Ya Allah, tunjukkan kami kebenaran. Allahumma solli a’la Muhammad waa’la ali Muhammad. amin.
“ud'uni astajib lakum”...



Divide and rule, disunity, make the muslim weak.


#risau #bersatulah #saynotofitnah 


Sama2 kita. Saya dan kamu.



Segala yang baik daripada Allah,
yang buruk daripada saya.

Wallahua’lam.



Berkatalah yg baik, kalau tiada perkataan yg baik, maka diam itu lebih baik.. 

Peace no war.


Tadabbur ayat jap jom...>>




"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Q.S. Al Baqarah : 120)




"Dan kalau Kami tidak memperkuat ( hati ) mu, niscaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu ( siksaan ) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, kemudian kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun terhadap Kami."( Q.S. Al Isra' :74-75)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًايُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا 

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenengan yang besar” [Al-Ahzab : 70-71]


Dalam ayat lain disebutkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [Al-Hujurat : 12]


Allah juga berfirman.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadirs” [Qaf : 16-18]



Begitu juga firman Allah Ta’ala.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesunguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” [Al-Ahzab : 58]



Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” 


(HR. al-Imam al-Bukhari hadits no. 6089 dan al-Imam Muslim hadits no. 46 dari Abu Hurairah)



Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no.10 dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya”



***P/s : Jangan lupa SIGN 2 petitions kat atas tuh... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA... 
Klik gak link, x tengok, rugi.. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...