Wednesday, January 1, 2014

New Year! New Me :)

UPDATED VERSION.

Greetings, Malaysia.
Today we celebrate new year. 
Expect us.


Amboi. Mcm kenal je. Style anonymous pulak. Salam hang mana???!

Ok2. Maaf. Mula balik.

Assalammualaikum pembaca sekalian.
(jwb salam,jgn x jawab)



Semalam.. Terbaik! pertama kali menyambut tahun baru. dan pertama kali menyambut dgn Asma Ul-Husna.! Takbir! ALLAHUAKBAR! 

Semoga Allah berikan pahala berlipat ganda kepada semua pihak yg menjayakan program2 agama Islam.semoga ditetapkan di atas jalan kebenaran.amin.--watching live UAI ambang 2014. xdpt g pineng, tgk live pun syukur!

#seronok tgk Syamsul Yusof nak berubah. Semoga dia dapat membawa perubahan Islam itu di Malaysia.. Allah..amin

Impian tahun baru,
- Nak jumpa dengan :

-----> Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
-----> Ustaz Azhar Idrus 
-----> Ustaz Don 

doakan saya dapat jumpa.. amin.

2013___ done meeting DrMAZA.com . Alhamdulillah , Allah beri peluang juga setelah sekian lama.



Malam ni, saya nak tulis. Serius. Pendek je. Tak pnjg mcm selalu. K?

           Kamu hendaklah tahu, sbb apa kamu percaya sesuatu itu. Tahu sbb apa kamu buat sesuatu itu. Tahu sbb apa kamu sokong sesuatu itu.

Pengetahuan itu mestilah berdasarkan
dasar yg kukuh. Bukan sekadar dgr org kata. bkn ikut2 org. Tapi, kamu kaji sendiri. Cari kebenaran itu.

            Kerana? Kerana ia akan menjadikan anda teguh dgn prinsip itu. InsyaAllah. Dgn izin Allah.

Cth dlm politik. Mcm saya. Saya sokong mana2 pihak yg saya lihat lebih membawa manfaat kepada Islam.

Maka itu dasar sokongan saya. Kukuh bukan? Sbb apa saya kata ia kukuh? Sbb,, Islam itu dasar dan garis panduannya tidak berubah.


     Oleh itu, jika saya lihat, parti yg saya sokong itu, sudah goyah dalam membawa Islam, maka akan saya pilih yang lebih membawa manfaat kepada Islam.. :)


In simple words > Kita hendaklah tahu sebab apa kita buat, kenapa kita sokong & ikut sesuatu itu. ( perlu ada ILMU tentangnya , bukan hanya mengikut org lain tanpa tahu sebab musabab )


* Dan, yang paling penting, basic dalam agama kena kuat. Baru tak goyah! Tahu mana halal, mana haram. Tahu kewajipan.
 Rujukan = Al-Quran dan As-Sunnah (Dalil yg sahih, hati2 dgn hadis palsu yg direka2) --> boleh rujuk : http://nurlinblog.blogspot.com/2012/10/lah-hadis-palsu-ke.html



       Dalam hidup. Aim high. Itu sbb Islam mengajar kita mengejar mardhatillah (redha Allah). Mengejar syurgaNya. Sbb? syurga itu, yang tertinggi. Dgn itu, kita tidak akan tersasar dari jalan kebenaran. InsyaAllah.



Tak akan dapat kita ke sana(syurga) selagi belum masanya. Dan tidak akan dpt kita masuk ke dalamnya, jika kita tak beramal dgn amalan ahlinya. 



       Maka, hidup kita ada fokus. Fokus utk menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah..


Kalau dlm hidup, target nak kaya. Dah kaya, xtau dah nk buat apa. sbb, aim x tinggi.



Islam itu indah bukan? 

Sama2 kita.

nak share satu gambar..



Nauzubillah. Jgnlah iman kita TURUN.. sentiasalah NAIK.. amin






Lastly,

Al-Fatihah utk Aden_ endoustic muhasabah cinta

Tuhan. Baru ku sedar indahnya nikmat sehari itu. Xpandai aku bersyukur. Kini ku harapkan cintaMu. 

Al-fatihah.


# SubhanAllah Alhamdullillah LailahaillAllah Allahuakbar!

# Allahumma solli a’la muhammad wa’ala ali muhammad. 



p/s: sorry kalau post ni pnjg jugak.. tapi, tak pnjg mcm selalu kan? hee.. peace..


Ha, ni ada satu post. byk lah juga pengajaran yg boleh diambil. respond2 baik drpd kawan2 facebook saya. silakan baca luangkan masa anda.. moga bermanfaat.>

http://nurlinblog.blogspot.com/2013/12/perjuangan-islam-tidak-berakhir.html


ni link ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Best sgt! Banyak pengajaran supaya kita lebih bersyukur.>
https://www.youtube.com/watch?v=XY-w2RrKbqg&feature=youtube_gdata_player


Salam penyatuan 1 ummah!


New year, new me :)


Infinity aim...................................Syurga! amin.



Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan. (Riwayat Bukhari)


Sungguh...Allah itu Maha Penyayang... 


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.`


Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
"Saying, `Ask forgiveness from your Lord for He is Oft-Forgiving

p/s :


* Oleh itu, kepada rakan2 yang meninggalkan solat, solatlah.. solatlah. Sesungguhnya solat itu tidak berat.. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan (dah meninggal nanti akan disolatkan).


* Dan kepada yang belum menutup aurat dengan sempurna, belum pakai tudung, > pakailah, tutuplah aurat mu.. Sesungguhnya terdapat hikmah yg besar dalam penutupan aurat jika kamu mengetahui..



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)




“Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengatasi murka-Ku ”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Semoga 2014, menjadi titik tolak perubahan kita menjadi Muslim yang lebih baik... InsyaAllah. Sama2 kita.. Saya dan kamu.. Ya, kita bersama!


PERHATIAN !

Sebenarnya bukan sebab 2014 , bukan nya kita nak sambut tahun baru orang kafir. Tak, setiap hari sebenarnya, hari yg baru, untuk kita update Iman kita.
 Post ini bukanlah bermakna saya sambut tahun baru 2014, tetapi untuk memenuhi ruang2 kamu, yg dah terbiasa dgn tahun baru datang lagi.. (ikut kalendar masihi-orang kafir). Semoga menjadi satu usaha dakwah.



rujukan tentang hukum sambutan tahun baru> https://www.facebook.com/TazkirahOnline/posts/445135722278758:0


boleh update di :  https://www.facebook.com/groups/nurlinblog/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...